o6 may 2010
[ 10 am ]
"Mawar, aizan nak balik Ijok la, boleh x?", aku minta kebenaran pada Mawar untuk balik Ijok. hanya urusan yang kecil sahaja sebenarnya iaitu menjadi driver kepada Botak untuk pergi ke Wangsa Maju kerana ingin mengambil ic yang tertinggal disana. perkara yang kecil tp aku beria2 hendak pulang Ijok. rasa bersalah membelenggu perasaan aku sbb aku yang beria2 mengajak Mawar untuk bermalam di Shah Alam. namun aku xtau kenapa aku tetap berkeras hendak balik ke Ijok. bila Mawar memberi kebenaran, lantas aku bersiap, bergegas balik ke Ijok.
[ 3 pm ]
"ok bos, mau pigi mana? sila tunjuk jalan ok..." arahan kepada Botak. hehehee.. almaklumla, aku failed sket jalan ke Wangsa Maju ni..huhuhuhuuu...
ok, selesai urusan kami [mengambil lesen abgBotak]. "ok Bos, jom jalan2, tgk wayang...hehehe..." arahan kepada driver aku.hehee..tukar position pulak. (^_^)
[ 6.30 pm ]
"ala, IP Man sold out la plak"..memang aku dah menonoton IP Man bersama Mawar tapi belum lagi dengan abgBotak.. =) masih ada kekosongan tapi pada barisan pertama berhadapan screen. oh, tidak sama skali aku akan menonton di kawasan itu!!! oh, TIDAK!!!
mmm...xpela sayang... pasti ada hikmah di sebalik kejadian..aku cuba mententeramkan jiwa aku.. "Sayang, jom makan.." " Abang belanje? YES! jom!".hehee.. almaklumlah, penganggur macam aku ni, mane ada budget.huuhuhuuu...
[ 8.30 pm ]
trutt..trutt..
trutt..trutt..
trutt..trutt..
ibu? jap la, nak basuh tangan...
trutt..trutt..
trutt..trutt..
eh, hal penting ker? sampai x menyempat telefon aku. biasanya kalau aku x angakt, ibu message aku jer...mmm.....
"alloooo...naper bu?", aku
"aizan kat maner ni?", ibu
"Kepong", aku
"Dengan AD?", ibu
"ha'ah. naper?", aku
"x dengar berita ke?", ibu
"Berita apa?",aku
"Faizal accident..", ibu
"meninggal...", sambung ibu lagi.
HAH???!!!!!!
terdiam.
aku terus kelu seribu bahasa...
terkejut.
air mata aku mula menitik setitik demi setitik.....
"Sayang, anak acik Amin yang sulung accident, meninggal............." luahku kepada abgBotak.
"Innalillah...Jom kita balik.."
*********************************************************
tiada lagi gelak ketawa mengiringi perjalanan pulang kami..hanya senduku sahaja yang kedengaran.aku bagaikan xpercaya pada ketentuan ALLAH yang satu ini..Astagfirullah al-azim... ya ALLAH, kuatkan iman ku Ya ALLAH Ya Tuhanku.. [malah dikala coretan ini dilayangkan, aku masih berusaha menerima takdir yang telah ditentukanNYA..]
kami bertembung satu kemalangan dalam perjalanan kami ke rumah arwah. ya ALLAH, ini kes arwah ker? detik ku dalam kotak fikiranku..makin berjujuran airmata ku melihat darah yang mengalir di atas jalan raya. semakin deras apabila berselisih dengan ambulan yang memasang sirennya.. ya ALLAH ya tuhanku, kuatkan imanku......
[ 9.20 pm ]
dihadapan Balai polis Ijok, ramai orang berkerumun menurunkan motosikal RXZ. ya ALLAH, macam moto arwah..dia ker?
" dik, ni kemalangan kat mane ni?", aku bertanya..
" kat selekoh2 tu kak.. org nye patah kaki jer..akak kenal ker?"
"patah kaki? akak rasa sepupu akak. tp akak dengar berita yang dia meninggal.mana orgnya?" balasa aku dgn harapan aku salah dgr berita & berharap agar arwah sepupuku masih lagi bernyawa....
"malam ni ada dua kemalangan la kak. moto ni, orang bagan datoh, yang meninggal tu orang panggil Pecal ye kak?"
aoocchh!!!! sangkaan ku meleset sama sekali...
benar...benar bahawa dia telah pergi meninggalkan kami...............
ya ALLAH ya tuhanku.. kuatkan hati ku ya ALLAH.....
aku segera mengajak abgBotak terus ke rumah makcik ku..
7 may 2010
[ 1 pm]
jenazah selamat tiba di rumah dalam keadaan yang telah dimandi dan dikafankan. si ibu pengsan apabila hendak melihat wajah arwah..tangisan mula kedengaran disetiap pelosok rumah itu dan tidak terkecuali aku...bukan niat untuk meratapi pemergiannya namun kesedihan yang melanda di sanubari ini hanya mampu diluahkan melalui airmata.akhirnya si ibu mempunyai kekuatan untuk melihat si arwah dan menemani arwah buat kali terakhir dengan bacaan yaasin di sepanjang malam, sementara menantikan hari esok sebelum arwah ditalkin dan dikebumikan.
[ 10 am ]
arwah telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan islam batu 4 ijok, batang berjuntai, selangor.
**********************************************************************************
Muhammad Faizal Bin Aminuddin atau dikenali sebagai Pecal dikalangan sahabat handai & rakan taulan, manakala hanya dikenali sebagai Pejal atau panggilan mesranya, Abang dikalangan keluarga. berumur 19 tahun pada 8 JUN 2010 ini merupakan anak sulung kepada pasangan Aminuddin Jalil & Jumaah Jais. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada kamis malam jumaat bersamaan 6 May 2010, 32 hari sebelum tibanya hari kelahirannya yang ke 19. telah dikhabarkan bahawa motosikal yang dinaikinya telah mengalami kebocoran pada tayar belakang sebelum dilanggar @ melanggar [ info yang tidak dapat dipastikan] sebuah lori. Lori itu telah melarikan diri dan kes ini dikategorikan sebagai kes langgar lari. namun, plat lori tersebut telah sempat dicatit oleh seorang hamba ALLAH & laporan polis telah dibuat. Arwah yang ketika itu dikatakan dalam perjalanan menuju ke Sg.Buloh berseorangan telah bertembung dengan lori yang sehala dengan nya..pertembungan itu telah mengakibatkan arwah jatuh terhentak dan menyebab helmetnya pecah di mana menjadi punca pendarahan dalaman pada bahagian kepala si arwah, dan mengakibatkan arwah meninggal ditempat kejadian. namun, ALLAH SWT masih memelihara arwah dengan menjaga rapi keseluruhan anggotanya sehingga arwah selamat dikebumikan. hanya kecederaan dalaman sahaja yang menjadi punca pemergiannya.
semoga roh arwah dicucuri rahmatNYA dan dia diletakkan bersama orang2 yang beriman....
~ al-fatihah ~
kami akan sentiasa merindukan Abang..
senyumanmu itu membuatku sentiasa mengingatkan kamu...
ALLAH sayang abang..
ALLAH jaga abang..
[ doa adik bongsu arwah yang berumur 5 tahun kepada arwah ]..
Ya Allah.. al-fatihah..sedihnye hanya Allah yang tahu..
ReplyDeletesaya pon ada adik sebaya dengan arwah..tak dapat nak bayangkan kalau terpaksa menghadapi semua ni.. semoga arwah ditempatkan dalam golongan para mukminin, semoga seluruh ahli keluarganya tabah dan meredhai pemergian arwah. amin
al-fatihah
ReplyDeletetakziah buat seisi kluarga
takziah buat keluarga arwah, al-fatihah
ReplyDelete