hit me!!

Friday, April 29, 2011

pengalaman pertama mengujakan

Pertama sekali mohon maaf kerana amat jarang sekali blog ini diupdate...
kesihatan serta emosi yang tidak menentukan memberi kesan terhadap penulisan di blog ini..
 berada di akhir garisan trimester pertama masih tidak memisahkan keadaan aku pada alahan mengandung.
mual masih terasa, kepala masih berdenyut, tambahan perut yang kerap berasa tidak selesa.
adakah disebabkan pergerakan baby?
sungguh aku tidak pasti sama sekali...

Lantas aku tidak sabar untuk menenti temujanji dengan doktor tentang keadaan ku ini...

27 April 2011

Tarikh temujanji kedua ku dengan doktor.
Temujanji berjalan seperti biasa, check air kencing, HB, berat, tekanan darah..
alhamdulillah HB aku berada pada tahap terbaik, 15.. (^_^)
Dan disebabkan itu, jururawat berkata "Awak makan jer apa yang awak rasa nak makan, banyakkan makan buah & minum air suam".
Kebiasaannya, "Banyak kan makan berkhasiat, sayur, buah & minum air suam dengan banyak". aku? Angguk kepala je la mengiyakan je...

Namun doktor tidak dapat memastikan punca ketidakselesaan perut ku ini.
Xpe la, mungkin disebabkan pergerakan baby kot..
Sebenarnya, perkara yang membuatkan aku bertambah teruja dengan temujanji yang kedua ini adalah kerana doktor telah berjanji akan scan perutku untuk melihat keadaan baby ku.

just soooooo excited about that!!!!

Kali pertama aku melihat dia yang menumpang didalam rahimku ini membuatkan lidah ku kelu seketika melihat kebesaran ALLAH S.W.T. Aku rasa seperti tidak percaya bahawa baby ku benar2 wujud dalam rahimku... Seketika kemudian aku tergelak apabila aku melihat baby ku seperti menari2 dalam rahimku ini..Sungguh kelihatan pergerakan kaki serta tangannya..sungguh aktif sekali sehingga mendapat teguran daripada doktor.

"Aktifnya baby awak ni"
'Mmmm..tgkla umie & walidnya...' detik hatiku..

heheheee..aku rasa orang sekeliling aku amat maklum dengan kehidupan aku & suamiku yang agak aktif & lasak..jadi, tak mustahil baby ini menurun perangai kami berdua..

'Baby, ikut perangai yang baik jer ok....' (^_^)

Jadi, dari pemerhatian aku pada skrin komputer ketika scan tempoh hari, tidak mustahil bahawa ketidakselesaan perutku disebabkan pergerakan baby ku ini.. Walaupon tidak merasa selesa (sehari sehingga 5kali ketidakselesaan ini 'menyerang' ku), namun aku bahagia kerana melalui pergerakan itu aku merasa bahawa baby ku dekat denganku & masih ada lagi dalam rahimku... (^_^)


Bukanlah kepunyaanku namun mirip yang hampir serupa.


No comments:

Post a Comment