Korang semua pasti sudah maklum perihal simbah asid di kawasan sentul/dang wangi dan sekitarnya kan.Jadi aku cuma ingin berpesan kepada semua wanita/perempuan/gadis diluar sana berhati-hati dimana sahaja korang berada. Malaysia sekarang bukan macam dulu. Dulu aku balik jalan kaki sorang2 sekitar 11 malam pon xkisah lagi.masih rasa selamat..cuma takut hantu jer la...hehehee..
gambar suspek 'si penyimbah asid'
Tapi la ni, jangan cakap pukul 8 malam, tak kisahla pukul berapa sekali pon,siang atau malam sama je aku rasa. aku tetap was-was, sentiasa waspada. tidak kisahla juga berapa umur korang, korang tu kategori cantik/cun/lawa/hitam manis/perasan cun (mcm aku..oppss!!)/comel, korang ni mak orang/anak dara/miss J meletop/anak dara tuuttt../nenek/makcik2, berhati-hatilah korang. penjenayah sekarang dah tak kira semua tu. Semua dia rembat, janji dapat!Dapat ape??Tu aku tak pasti sebab aku BUKAN penjenayah tu. mungkin puas hati dapat lunaskan dendam kot.
Jadi, berhati-hatilah wahai perempuan sekalian.
Baru-baru ada kejadian yang menimpa aku juga.Bukanlah simbah asid tapi sesuatu yang ingin dikongsi bersama. Alhamdulillah, sikap waspada tu membawa kebaikan padaku.
Alkisah, 09 May 2011, di rumah aku, Kota Puteri, Ijok (kawasan kampung jer...).
Malam tu en.Husband (HB) terpaksa balik lambat disebabkan ada kerja malam (tak balik langsung pon malam tu sebab kerja banyak, abis lambat). Kebiasaannya, apabila en.HB ada kerja malam, aku pasti lepak kat rumah ibu. nak dijadikan cerita, malam tu aku malas nak balik rumah ibu.lepak rumah jer la..jiran kan ada....
Kebetulan aritu aku naik motor sebab en.HB nak repair kereta, maka aku pulang la awal.
6.45 : Sampai rumah. 'Kunci sekali la paga ni. HB pon balik lambat'.
maghrib time.....
7.45
"Assalamualaikum.." aku buat tak tahu jer sebab biasa nak cari orang sebelah.tapi smpai 5-6 kali kot salam tak bersahut. Aku intai, ada orang kat depan rumah aku. tapi aku buat tak tahu lagi..maghrib kot..
rasa tak sedap hati, aku pon buka pintu la..
sebab???
dia bawa kereta sebijik macam en.HB..
*orang lua (OL), aku (AK)*
"Assalamualaikum kak", OL
"Waalaikumussalam", AK
'eh, sapa ni, aku xkenal pon!', AK
"Akak boleh buka pinta tak?", OL
'eh, sesuka ati jer nak suruh aku buka pintu maghrib2 ni. Bongok!', AK
"Awak nak cari sapa?", AK
"Nak tanya akak sikit la.Akak tinggal bujang @ berkeluarga?", OL
"Keluarga", AK
Ketika ni muka dia menggambarkan sedang berfikir tentang sesuatu..
ini gambaran aku yang dah mula rasa takut, pelik dll sebenarnya..
"Akak pernah dapat tak sample2 sabun ke, shampu ke? ",OL
"Tak", AK
"Saya sebenarnya sedang edarkan sample2 sabun/shampu kat setiap rumah. Akak nak cuba x?",OL
"Tak pe la, terima kasih banyak2",AK
"Akak nak keluarke?",OL
'eh, nak keluar jer ke aku kena pakai tudung? Engkau tu bukannya muhrim aku!!', AK
"Tak la.Saya tak kemana-mana",AK
"Takpe la kak, terima kasih",OL
Cepat-cepat aku kunci pintu dan telefon en.HB.Nasib baik sangat2 kerana aku kunci pagar rumah aku. Kalau tidak, aku rasa tak mustahil lelaki tu terus buka pintu paga rumah aku tu. Memang takut giler. Aku cuma merasakan mamat tu ada niat kurang baik pada aku.
sebab??
1. Datang waktu maghrib semata nak bagi sample. Tak solat ker cik abang oii?!!
2. Lepas bagi salam, terus suruh aku buka pintu. Giler ape??!!
3. Bagi salam lebih dari yang sepatutnya. Dah tau maghrib, kalau orang tak jawab salam/buka pintu selepas salam diberi sebanyak 3 kali, pandai2 la korang nak blah. Ingat ada benda penting, tapi benda mengarut!
4. Aku tak rasa mamat2 ni ada drop rumah lain nak bagi sample. Sebab kedengaran salam tu kat rumah aku je!
Komen jiran aku, "Nasib baik tax de apa2.takut orang tu pukau jer... "
Alhamdulillah tiada sebarang kejadian yang tidak dingini berlaku.
Sampai aku nak p kerja keesokannya harinya, en.HB masih belum pulang lagi..huhu..
Moral of the story :: Berhati-hati la walau dimana anda berada!