hit me!!

Thursday, May 19, 2011

pemakanan semasa hamil

harini aku nak post pasal mengandung ni..hehehee..
Biasala, sementara tengah melalui fasa ini, sementara tengah ingat, aku nak kongsi dengan korang. kang abis fasa ni, belum tentu ingat lagi..hehehee..


 salah satu kesukaan aku sebenarnya..


Pernah aku tulis entri pasal pantang larang ketika mengandung.
Pasal pantang makanan takde kan? Cuma pantang ikan yang berbisa jer..
Makanan lain yang perlu dipantang (selain tebu, nenas) pasti tak ramai yang tau.


kelihatan menyelerakan..


Sebagai contoh, makanan sejuk, air kelapa, air cincau..
Tapi makanan ni biasanya diorang tak bagi makan ketika trimester pertama je. Masuk trimester kedua, bedal la korang.. Tapi...tak semua orang pantang begitu. bergantung cara hidup masing2. lain budaya, lain caranya...

aku?

aku ikut nasihat makcik aku..untuk perkara2 yang tak pasti kesahihan sama ada memberi kesan kepada kandungan atau tidak, kitorang bedal jer..
tak paham? ayat aku ni kadang2 putar belit sket..huhu..

ok, macam ni.
kalau makanan yang pasti memudaratkan seperti nenas, tebu dll, memang kitorang jauhkan. tapi makanan yang tidak pasti lagi macam air kelapa, cincau & sebagainya, kitorang bedal jer..

alasan makcik aku??

"ala, semua tu mind set..korang makan, tawakal, insyaALLAH takde pape yang berlaku. kalau takut juga, makan cukup syarat jer.. Buat rasa jer.. masa ni la korang nak makan.kang pantang bersalin lagi, confirm korang tak boleh makan benda2 macam ni.sapa yang meleleh air liur..korang tau, bukannya anak korang..heehehee.."


terus minum dari kelapa. segar sangat!

so, aku amik pendekatan tu..feveret aku? air kelapa...stat baby aku 3 bulan lagi aku dah belasah air kelapa..alhamdulillah semua ok..baby aku makin aktif lagi ada la..huhuhuu..
cuma ada sekali tu, aku minum air cincau, tak sampai setengah jam, perut aku tolak balik.aku muntah balik dengan isi2 cincau tu keluar semua..so, sejak tu aku tak minum lagi air cincau...

Benda-lain pon macam ikan berbisa, aku makan gak cuma cukup syarat, buat rasa jer..takla balun sampai tak hengat dunia..huhuhuu..Cara aku, aku makan sikit dulu..bagi tempoh percubaan.kalau perut aku ok, tak muntah, tak sakit perut, tiada sebarang alahan, aku sambung makan. Kalau berlaku apa2 (macam kes cincau tu), aku banned terus makanan tu. Memang langsung aku tak sentuh!

Dari segi pemakanan lain, aku cuma lebihkan minum Orange Juice (yg fresh, bukan kordial) & makan kismis/kurma. Mana yang aku selera la..Itu aku amalkan untuk kawal Hemoglobin (HB) aku. Alhamdulillah, berkesan untuk bulan lepas. Bulan ni selera aku kurang pada orange juice, tapi kismis ok lagi walau tak banyak. nasi pon semakin ok, sayur pon semakin ok. harap HB aku maintain pada paras yang terbaik (15.0). Jadi, tak perlu aku bergantung pada ubat sebab bagi aku, khasiat untuk Folic Acid, Vitamin B/C, Iron, Kalsium terdapat dalam makanan seharian kita, bukannya sahaja pada ubat.... (^_^) 


pil yang perlu dielakkan dari ketagihan.


badan akan rasa sesegar perahan oren ini..


banyak khasiat kismis ni..


No comments:

Post a Comment