waktu : sebulan yg lepas
kisah:
"boleh tak kalau kita awalkan berkelah tu 28/29? bgtau arini juga...", si A
"apasal?", aku
"tak de tmpt menginap. full-booked!", si A
"ok la... tp aku xjanji nak pi sebab kalau laki aku keje, aku tak pi. takde sapa nak drive..aku tak boleh drive mabuk2 ni", aku
"ala, kalau laki hang tak pi, hang kena pi juga", si A
waktu tengahari, aku tengah mabuk, tak berdaya untuk mengingati segala temujanji yang terdahulu.
beberapa hari kemudian....
"aku tak jadi pi.aku lupa sangat2 yg aku dah janji dgn abah aku nak bawa dia pi melaka", aku
"aritu kata ok..apa ni...sorang ke sorang nak cancel. lainkali tak yah plan lagi la..", si A
beberapa hari kemudian..
"aku dengar ada orang cakap yang aku pi melaka sebab nak berubat. aku pi melaka sebab ada kenduri kawen, balik hari jer...", aku
"apasal cakap dengan aku? pi la cakap dengan orang tu", si A
"tak la, aku cuma nak bagitau ko je yang aku pi sana atas urusan kenduri kawen. kang kalau ada yang menyampai kat ko, tak la menyampai yang tak betul", aku
"itu aku tak tau dan aku kisah apa hang pi sana untuk apa. korang ni ada masalah ke? tadi kakak hang message aku, skrang hang pulak, jap lagi adik hang", si A
"kitorang ok je, takde masalah ape2..", aku
"bukan orang sakit jer pi berubat, tapi orang ada masalah pon pi berubat", si A
aku? panas hati tapi aku malas nak meleret2kan cerita..
1.aku sememangnya lupa tentang temujanji tu sebab abah dah booking tarikh sejak awal bulan april lagi. salah aku sebab terlupa.dengan keadaan mabuk2, alahan mengandung, mampu ke aku mengelakkan perkara ini???
2. susah sgt ker nak terima reason tu? aku bawa abah, bukannya aku cancel tanpa sebab yang tak munasabah..kira ok la sebab aku cancel 2 minggu awal. aku rasa lebih baik dari aku cancel last2 minute!
3. aku telah dituduh menuduh si A menyebarkan fitnah tentang berubat tu kononnye dia yang mengatakan bahawa kami pi melaka untuk berubat. sedangkan niat aku adalah untuk menjernihkan keadaan agar tidak sampai berita yang kurang betul pada dia. tidak terdetik sekalipon di hatiku untuk aku menuduh dia sebab aku tau, ramai lagi yang boleh disyaki untuk bawa cerita macam tu. DAN dia menuduhku terus kepada ibuku. kenapa dia sendiri tidak tanya perkara tu terus kepadaku??!!
4. panas hati teramat sangat apabila dia mendoakan yang tidak baik untuk aku sedangkan aku sudah menafikan bahawa kami tidakla pi melaka kerana berubat serta tiada masalah antara kami adik beradik. persoalannya, kenapa mesti dia ungkit juga pasal berubat & masalah juga walaupon aku sudah menafikan??? kenapa dia mendoakan perkara yang tidak baik untuk kami???
5. aku dikatakan memungkiri janji2 ku... sebab reason aku untuk cancel tu tidak selari dengan alasan ku. memang aku berkata aku tak pi kalau HB aku tak pi, dan aku cancel sebab abah ku.. memangla tidak selari alasanku itu namun aku ingat bahawa dia list kan aku pada list 50-50, antara pi @ tak. namun dia list kan aku pada CONFIRM pi. baiklah..lainkali aku akan cancel LAST2 MINUTE kalau itu yang kamu inginkan!
# niat aku untuk cancel awal2 adalah untuk tak nak menyusahkan keadaan namun keadaan sebenar meminta yang sebaliknya!
#sehingga sekarang, semua orang masih menunding kesalahan itu pada aku sebab sekadar dengar cerita dari pihak si A sahaja.. aku?? lebih baik mendiamkan diri sahaja sebab si A juga telah sound mak aku bahawa mulutku terlalu LASER sebab menuduh dia sedangkan baik sangat ke mulut dia mendoakan yang tidak baik untuk ku??!! jadi, sebelum ke"LASER"an ku ini mengeruhkan keadaan, aku hanya berdiam diri.. biar masa & keadaan yang menentukan segalanya.. hanya ALLAH SWT yang tahu kebenarannya...
aku bersalah? aku tidak menafikan sepenuhnya sebab aku sedar kesalahan aku tetap ada waima sekecil mana pon namun besar sangat ker kesalahanku itu????????
kepada si A, aku minta maaf atas segala keterlanjuran kata2 ku..
No comments:
Post a Comment