hit me!!

Wednesday, November 4, 2015

My sweet little girl!

Throwback gambar-gambar dalam memori, jumpa gambar ni.. Sweetnya....





Sweet x? Ape yang sweet? Apabila umi nampak yang tangan comel pegang pipi umi semata nak hold muka umi, nak cium umi. Tersentuh hati umi Sayang..
Bukan gambar lama pon. Br 2 minggu lepas. 


Umi
~4/11/2015~

Tuesday, November 3, 2015

Giza Clear!!!

Assalamualaikum.
Guten morgen..
Slmt pagi..

Yeah!!! Giza clear! Haha. Mesti pelik ape yang clear? Giza mana?
Sesiapa yang selalu menggunakan jalan persimpangan Sunway Giza, mesti tau macamane azabnya bila ikut sana. Huhu. Semua kerana kerja2 pembinaan MRT.

Bermula traffic light simpang 4, dia lencongkan  sedikit yang mana traffic light tu dah takde fungsi langsung! Kemudian dia lencongkan lagi sampai kena buat pusingan depan Sunway Giza tu. (Ini route ke Tropicana Damansara dari Kota Damansara). Bila dia lencong sampai kena u turn tu, itulah azab yang paling sengsara!

Dan sekarang, simpang 4 dah di buka balik! Alhamdulillah syukur padaMU ya ALLAH.. Takdela nak hadap jem + keadaan jalan yang sangat teruk. Huhu...

#cari keje tu lainkali dekat2 je. Huhuhu.
#Kerja2 MRT : Sengsara sementara demi kesenangan / kemudahan masa hadapan. Huhu.

Monday, November 2, 2015

Ubat kurus mujarab!

Assalamualaikum..

Mesti ramai yang nak tau pasal ubat kurus kan? Siapa la yang taknak kurus. Apalagi lepas bersalin, badan kembang sekembangnya. Hehe.. Ok, ini amalan yang umi amalkan sejak sekian lamanya... Sejak 2bulan lepas.. Hahaha. Alhamdulillah. Berkesan untuk umi. 2bulan turun 3kg. Bulan pertama memang berat umi tak turun. Umi berpendapat, dia nak turunkan dulu metabolisma umi. Sbb metabolisma umi agak 'degil' sejak awal tahun 2015 lagi.. Huhuhu.. So, sapa yang tak happy bila berat turun walaupon sekilo? Inikan turun 3 kg.. Memang happy giler la.. 

Nak tau ape rahsia umi??












Jeng.. Jeng... Jeng.............


Ini dia.. 
air suam + 1 sudu besar madu + lemon

Mengambil sedikit masa untuk berkesan sbb  dia nak turunkan metabolisma kita dulu, baru buang lemak2 kita. 

Kebaikan yang umi perolehi?
- berat turun
- tambah tenaga
-cantikkan kulit dari dalam
- perbaikan sistem penghadaman


#berat turun
Yang ini memang berkesan pada umi. Yang seronoknya, dia buang lemak secara semulajadi melalui penghadaman. Penghadaman kita semakin teratur. Selain itu, ia juga mengawal nafsu makan/selera kita. Kekerapan untuk kenyang sangat tinggi!

# tambah tenaga
Alhamdulillah. Badan kurang letih. Klu letih juga maknanya badan mmg memerlukan rehat yang secukupnya. Jadi jangan terlalu memaksa badan k. Nak pakai lama lagi tu.. 

#cantikkan kulit dari dalam
Alhamdulillah, kulit tangan, badan rasa lembut & lembab. Kulit muka? Bergantung pada kesan alat solek, produk kecantikan kita serta pendedahan pada ultra UV. 

#memperbaiki sistem penghadaman
Sangat2 mujarab! Sistem penghadaman kembali teratur.

Kesan sampingan? InsyaALLAH TIADA KESAN SAMPINGAN! Sbb bahan yang digunakan sememangnya asli!

Caranya?
~ 1 cawan kecil air suam
~ 1 sudu madu asli
~ 1/3 @ 1/2 biji lemon

Amalkan minuman ini setiap malam sebelum tidur & setiap pagi setengah jam sebelum sarapan. 
InsyaALLAH berkesan selagi tiada alahan pd madu @ lemon!

Selamat mencuba!! 





- 2 Nov 2015 @ 1 am