hit me!!

Tuesday, November 30, 2010

al- fatihah...


Kehadiranmu amat dinanti semua
Bukan sahaja ibubapamu malah kami juga
Untuk meramaikan bilangan ahli keluarga
Menambah seri bila bersama

Wajah saling x tumpah wajah ayahanda
Badanmu ‘semangat’ amatla kami teruja
Langsung tidak menunjukkan sebarang petanda
Namun derita sengsara hanya kamu rasa

Kehadiranmu hanyalah seketika
Namun bererti buat kami semua
Cukupla buat kami merasa bahagia
Rela lepaskan dari kamu terus terseksa

Amanlah kamu tinggal disana sayang
Kasih NYA melebihi kami semua
Hanya doa yang mampu kami layang
Serta ingatan kekal selamanya

Buat allahyarham Muhammad aqil amni bin azizun, sepupu ku yang telah meninggalkan kami pada 21/11/2010.

Allahyarham telah mengalami komplikasi apabila oksigen tidak dapat dipam ke otak setelah jururawat mengambil sedikit sample darah melalui suntikan untuk pemeriksaan terhadap penyakit kuning yang allahyarham alami. Bahasa pasarnya, doktor memberitahu bahawa allahyarham tidak bersedia dengan suntikan & terkejut dengan suntikan itu. Akibatnya badan allahyarham menjadi biru apabila oksigen tidak dapat dipam ke otak. Allahyarham terpaksa bernafas dengan bantuan oksigen selama 4 bulan sebelum meninggalkan kami buat selamanya..

Allahyarham yang lahir tidak cukup bulan terpaksa di’rehat’kan dalam incubator selama 2 minggu. Kemudian kami berpeluang ‘bermesra’ dengannya selama seminggu sebelum kejadian diatas menimpanya. Walaupon seketika, namun kami bahagia..

Kepada ibu & bapa allahyarham iaitu makcik & pakcik ku, siti azura @ azizun, harap kalian redha dengan pemergiannya. Sesungguhnya hanya DIA yang tahu mana yang terbaik buat allahyarham..

Al-fatihah..








# allahyarham ketika berusia 3 minggu..


Saturday, November 20, 2010

cooll..........

enjoy this video..  so creative!!!!



Friday, November 19, 2010

mereka boleh bersahabat...
kamu bagaimana???  (^_^)













how sweet are they???

kisah arini..

arini sy berkerja...ntah kenapa nak jadi pekerja contoh walaupon MC sudah disediakan.. [walhal comp xtau kewujudan MC ni..huhuhu.. & xde keje kat ofis...tp xleh buka blog slalu...'security report'..huhuu..
esok pon xtau macamane sbb esok p department lain..department ni tutup esok sbb sy sorang jer yang keje..so, menumpang kat department lain...huhuu...
ye la, department ni bilik bos, byk khazanah dia...
ok la...prepare for going home...
 hari macam nak hujan kat kuar tu..



tadi dah berdentum bunyi petir..huhuu...


ya ALLAH, janganlah kau turunkan hujan disaat aku balik nanti.dahla demam, bertambah2 teruk pulak..

almaklumla, girl rider...huhuhu....

ok readers, salam.

# kurang bersemangat nak taip sebab demam...

Thursday, November 18, 2010

konsert tanpa dirancang!

yo..yo..yo...
lalalalaaaa......



huhuu...mcm2 muzik dalam perut ni...
memulas2...mcm kena gastrik tp makan dah overloaded...
dari jam 9.00 pagi tadi...
dah la bangun awal pagi td rasa seram sejuk, sakit tekak, selsema, nak demam. relakan diri p keje jugak.sampai ofis pulak sakit perut...dugaan betol..
time memulas...perghhh...xleh  buat aper....!
tp xnak kua... sembelit kah daku?? huhuuu...



kelihatan menyelerakan x?
Secret Recipe Macadamia...
 benda ni yang membuatkan perut aku buat konsert dari pagi tadi sampai la ni x henti2!
[salah satu punca..punca lain aku mkn byk sgt kot..huuhuu.. ]

aku salah seorang LACTOSE INTOLERANCE.. ape tu? bahasa pasar nye orang yang allergic susu..lactose yang ada dalam susu tu xjumpa kawan kat dalam perut aku..kira perut aku ni kurang geng lactose..sebab tu lactose2 ni 'mengamuk'...hhuhuu..nak tau details, klik sini..


jadi, kek macadamia tu diperbuat dari cokelat putih + butter.. kedua2 nya ada susu...solid susu! masa telan tu memang xterasa.tekak rasa sedap tp hasilnye, perut aku buat konsert tanpa dirancang...huhuhu....

so, tadi jumpa doc, dia cuma bg ubat biasa je..buscopan, bisacodyl, MMT, bena+piriton & Vitamin C. siap provide MC untuk esok lagi sbb doc suh aku makan bisacodyl mlm ni dimana segala konsert dalam perut aku akan dilupuskan secara berperingkat...so, takut aku x bermaya, maka dia sudah siapkan 1 MC untuk ku...lalalaaa... [itupon kalau aku guna la..]

so, tunggu keputusan esok k... kalau aku larat, aku datang keje la...


Tuesday, November 16, 2010

rumah sewa baru!!!!!

yeay.....!!!!
dapat rumah sewa baru...
murah??? kot!tapi sewa ber2 jer, mcm mahal...tp berbaloi..hehehee..

lokasi    ::   Kota Puteri, Ijok
Bulanan     ::   RM400
Kemudahan     ::      Rumeh teres 1 tingkat, Aircond, Kabinet dapur (Hang on & floor), hood & hob, Awning untk parking, rumput karpet, siap 2 biji chandelier..

berbaloi x??? untuk setahun 2 sebelum dapat beli rumah... ok la!!!
jiran pon melayu..  (^_^)
parking depan rumah pon free...byk parking!!


nota kaki ::  cik Yone, saya xpayah bayar sewa ea...kontrak tamat ujung tahun kan...deposit saya tu tolak sewa la.... boleh yea......saya nak kena bayar sewa rumah baru pulak...huhuhu...

lebih kurang la tp bukan corner lot.....

# gambar akan diupload kemudian... (^_^)


Biar betol??? [ Seekers vs Queen ]

TOPIC TERHANGAT MASA KINI!!!
untuk la ni je la...

agak tekejut bila aku dapat info ni dari 1 blog yang femes semalam [aku xsempat update semalam]. masing2 terkejut.pagi td pon dah kua gosip ni kat HOT FM..
aku xberani nak komen.
korang tengok, dan fikir sendiri la...

mamat ni pon macam xbetol je...ntahla...
mencari publisiti murahan? mungkin apabila nama mula tidak dikenali..

usha la kat sini...... uncleseekers

Monday, November 15, 2010

aku yang xnak kurus lagik!!!!!!!!

 di suatu malam.....
"sayang, nah. baca ni...."

"TIPS MENGURANGKAN BERAT BADAN SECARA SIHAT MENJELANG HARI PERKAHWINAN"

wa.....perli ape?
perlu ke kurus lagi cik abang sayang?? mmm..
cukupla... xnak kurus lagi!
aku xnak keding...!

pelik ke?hehee..aku tau..menjelang je perkahwinan pasti si gadis sibuk menguruskan badan, mengurangkan berat...tapi tidak aku...cukupla dengan badan aku yang sedia ada. tidak obses pada kurus..al'lillah...tidak menyeksakan diri aku..aku masih boleh enjoy menikmati segala kenikmatan yang diberikanNYA terutama bab makanan. YES! hehee..

sememangnya hidup bukanla untuk makan, tp makanan yang mampu 'membahagiakan' kita amat penting sebab kita rasa puas bila menikmatinya. itula prinsip aku! selagi xpuas dengan makanan yang melalui anak tekak ku ini, pasti aku akan makan, dan makan lagi sehingga dapat menyenangkan tekak aku.. mungkin sebab ibu selalu berpesan, jangan berkira tentang makanan. selagi ada selera, ada rezeki, hadapla.. cukupla sekadar rasa, buat syarat.

itula petua untuk kurus sebenarnya.... makanla apa yang kamu rasa nak makan. bila kamu dapat rasa waima secubit, kamu akan rasa kenyang mindly... jadi, kamu tidak akan rasa tertekan sebab terpaksa makan benda yang kamu xsuka. cukup sekadar BUAT SYARAT k! itu petua utama.. kalau niat memang untuk MENTEKEDARAH, aku xboleh nak tolongla....

Petua lain, paksa diri untuk makan kadar yang sedikit. aku ulang balik, makan/rasa BUAT SYARAT je tau! bukan niat untuk sendatkan perut!! kalau masih rasa xpuas, makan la benda yang berkhasiat macam buah ke..kalau xboleh blah juga, minum sampai korang KEMBONG! ye, minum sampai kembung! kan elok minum air yang banyak tiap ari....paling kurang 8 gelas tiap hari.


 eh, buntal? kembung macam buntal..hehehee...


 hahaaa....


cute giler!!!!!!!!!


al'lillah aku dikategorikan dalam metabolisme yang x menentu. pelik?? aku pon pelik.lalalaaa... aku pon xtau nak klasifikasikan metabolisme aku ni kat mane sebab badan aku senang naik, senang turun. Kalau metabolisme tinggi, berat badan yang susah naik & kalau metabolisme rendah, berat badan susah turun. jadi, aku kat kelas mana ea??? no idea!

sampai suatu tahap, aku rasa macam bela hantu lapar dalam perut aku. dalam tempoh seminggu, aku makan dinner twice. TWICE!! kali pertama selepas maghrib, kali ke2 kol 10malam. Dinner ok, bukan supper! dan makan nasi sebab perut aku yang lapa giler!! tapi yang aku musykil untuk tempoh seminggu tu, berat aku maintain 44kg je.. walaupon adakala aku akan terus tido lepas makan kol10 malam..musykil??? aku lagi musykil..huhuu... al'lillah seminggu jer benda tu berlaku..kalau x, maunye seminggu 5kg beras aku makan sorang..huhuhu..

sesungguhnya selera makan mahupun berat badan aku sukar diramal...maka, aku cuma ikut flow jer.. kalau berat aku berlebihan, aku akan control makan [sebenrnya payah sebab aku memang dah manjekan perut aku untuk makn tiap kali lapa walaupon berat over2...huhuhuu...]. kalau berat badan aku berkurangan, memang berganda la aku makan... happy nyer hidup aku...lalalalaa....

Faktor kejadian?

Kemungkinan2 mungkin disebabkan aku jadi rider tiap hari sejauh 80km (pergi + balik keje). pergi sejam, balik sejam..itu belom aku rempit lagi... aku andaikan teori aku ini sama macam teori F1.. boleh ker?? lalalaaa........~~~


*dah lama aku nak cari iklan ni..heheheee....





boleh terima dek akal??? hehehe....

bagi jam dinding je boleh x??


RM0.00 JUSCO Sales 20/11 - 2/1/11
Head down to your nearest Jusco to enjoy superb bargains, discounts & savings.
T&C apply..For more info, call 1300803535

yeay!!!!!!!!!!!!
Sales dah mula........!!

tapi kena tunggu setengah bulan lagi...kena tunggu gaji pulak...huhuhuu..
x sabar rasanya nak beli barang hantaran...heheheee...

nak beli apa je ea??

HANDBAG
KASUT
JAM TANGAN
[aku bagi jam dinding boleh x? huhuhuuu..]
 TELEKUNG (ibu sponsor..hehee..)
SEJADAH
AL-QURAN
PERFUMES
MAKE-UP [kalau ada budget lebih ea! ]

mmm.. tu je kot yang penting..barang lain kurang penting sket..itu pon dah 6-7 dulang..belom lagi kek, coklat, buah, manisan lain.... nak bg berapa dulang? 15??? ish...xboleh!!
;-)

Branded? yang penting aku berkenan...
[ Ya ALLAH, tunjukkan aku kepada jalan untuk bersederhana.. Hindarkan sifat pembaziran ke atasku Ya ALLAH Ya Tuhanku.. amiinn..~~ ]




Thursday, November 11, 2010

mengabadikan isteri & anak dalam lagu

"SENYUM..............
xperlu kata apa2..."

Mesti korang pernah dengar lagu ni kan?
sama macam aku, dengar2 macam tu je...xpernah hayati lirik nye...
so, bila dengar lirik dia, macam best..

Malique mengabadikan isteri & anaknya dalam lagu ini..







Senyum senyum senyum
Senyum senyum

Verse
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali

Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Chorus
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus
Ulang Verse

mama inca medina yang berdarah cina pakistan..

memang secantik mama.....  (^_^)



betul x apa yang aku kata?? pengabadian isteri & anak dalam lagu....best apa..lain orang, lain caranya...kreativiti masing2..kita sememangnya xmampu macam syah jehan, nak buat taj mahal. jadi, pengabadian macam ni pon cukup bererti sebab kita rasa diri dihargai..yang penting ikhlas... (^_^)

apa agaknya pengabadian yang bakal dibuat bakal suamiku nanti???
eh, perlu ker?? yang penting kami bahagia bersama sehingga ke akhir hayat pon cukup la... (^_^)

that is the main point!!  ;-) 



the real PINGU?????

i just got an email from my aunty...
its about PINGU!

ala...korang pon mesti pernah tertengok kartun ni kan????

kartun yang sempoi...
selalu menjaga kebajikan adik dia...hehee..  (^_^)

korang nak tengok the real pingu x????

ADA...



WUJUD TAU!!!




kat Malaysia lagi!

**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**


TARAAAA...............
mempersembahkan..........................





hehehee......
sama x??

LOL!!

korang leh la buat kat anak korang atau pon anak sedara korang......




Tuesday, November 9, 2010

Hari ini baru jemput??? mmmmm....




Dia :: Assalamualaikum..
         Angah, ibu ada kat rumah?
Aku :: Ada.nape? faiz nak datang rumah ker? Nak jumpa ibu?
         Datang malam nanti la…
Dia :: Malam xboleh, ada hal..
Aku :: Bukannye ape, jap lagi kitorang nak kua
Dia :: mm….angah, ada hal sikit.nak ckp dengan ibu…
Aku :: hal ape?
Dia :: Nak jemput datang rumah esok
Aku :: ada kenduri kawen?
Dia :: ha’ah
Aku :: Faiz kawen?
Dia :: ha’ah

Aku terkelu seketika…


Aku :: mmm..bila nikah? [ aku kuatkan hati..]
Dia :: minggu lepas..

Mmm…


Dia ialah salah seorang bekas pakwe adik ku. Kami agak rapat sebab aku senang dengan budi bahasanya.

Dia bagiku perfect! Baik, sopan santun, hormat orang lain, tegas. Paras rupa boleh tahan..[naseb baek aku ada encik “botak”. Oppsss!!!..]

Aku xtau ape silap dalam hubungan antara diorang [dia & adikku], namun dia tetap xmelupakan aku satu family..sentiasa bertanya khabar pada family ku walaupon adikku antara punca dalam masalah hubungan diorang.
 



Bagi ku dia lelaki yang cukup sempurna [selepas abg. Botakku k!]. Namun memang sudah tersurat tiada jodoh antara dia & adikku. Aku redha…
Patutla, dalam jurang yang agak lama dia tidak menghubungi kami. rupa2nya dia ada rancangan yang semestinya dia tahu rancangan itu akan membuat kami rasa sedih. Yela, aku berharap dia menjadi adik iparku, begitu juga ibuku yang berharap dia menjadi menantu namun ALLAH SWT lebih tahu segalanya..


Walau apa pon, macam yang aku cakap, kami redha atas ketentuanNYA. Pasti ada hikmah disebaliknya..

Aku tetap sayang kan dia sebagai adikku..

Mohd Fais Bin Raman, kakakmu disini mendoakan segala yang terbaik buat mu wahai adikku. Semoga tabah mengharungi liku yang mendatang. Kamu sudah melewati 1 fasa baru dalam hidup ini, bermakna, dugaan yang mendatang semakin mencabar.Hadapinye dengan tenang & berfikir secara matang. Walau apa2 pon, ingatlah bahawa kamu masih keluarga kami…

# kami pergi juga ke kenduri dia walaupon tanpa kad jemputan…walaupon baru semalamnya dia menjemput.... (-_-)
#paling aku jeles , dia kawen dulu dari aku!!! Huhuhuu…