hit me!!

Tuesday, November 9, 2010

Hari ini baru jemput??? mmmmm....




Dia :: Assalamualaikum..
         Angah, ibu ada kat rumah?
Aku :: Ada.nape? faiz nak datang rumah ker? Nak jumpa ibu?
         Datang malam nanti la…
Dia :: Malam xboleh, ada hal..
Aku :: Bukannye ape, jap lagi kitorang nak kua
Dia :: mm….angah, ada hal sikit.nak ckp dengan ibu…
Aku :: hal ape?
Dia :: Nak jemput datang rumah esok
Aku :: ada kenduri kawen?
Dia :: ha’ah
Aku :: Faiz kawen?
Dia :: ha’ah

Aku terkelu seketika…


Aku :: mmm..bila nikah? [ aku kuatkan hati..]
Dia :: minggu lepas..

Mmm…


Dia ialah salah seorang bekas pakwe adik ku. Kami agak rapat sebab aku senang dengan budi bahasanya.

Dia bagiku perfect! Baik, sopan santun, hormat orang lain, tegas. Paras rupa boleh tahan..[naseb baek aku ada encik “botak”. Oppsss!!!..]

Aku xtau ape silap dalam hubungan antara diorang [dia & adikku], namun dia tetap xmelupakan aku satu family..sentiasa bertanya khabar pada family ku walaupon adikku antara punca dalam masalah hubungan diorang.
 



Bagi ku dia lelaki yang cukup sempurna [selepas abg. Botakku k!]. Namun memang sudah tersurat tiada jodoh antara dia & adikku. Aku redha…
Patutla, dalam jurang yang agak lama dia tidak menghubungi kami. rupa2nya dia ada rancangan yang semestinya dia tahu rancangan itu akan membuat kami rasa sedih. Yela, aku berharap dia menjadi adik iparku, begitu juga ibuku yang berharap dia menjadi menantu namun ALLAH SWT lebih tahu segalanya..


Walau apa pon, macam yang aku cakap, kami redha atas ketentuanNYA. Pasti ada hikmah disebaliknya..

Aku tetap sayang kan dia sebagai adikku..

Mohd Fais Bin Raman, kakakmu disini mendoakan segala yang terbaik buat mu wahai adikku. Semoga tabah mengharungi liku yang mendatang. Kamu sudah melewati 1 fasa baru dalam hidup ini, bermakna, dugaan yang mendatang semakin mencabar.Hadapinye dengan tenang & berfikir secara matang. Walau apa2 pon, ingatlah bahawa kamu masih keluarga kami…

# kami pergi juga ke kenduri dia walaupon tanpa kad jemputan…walaupon baru semalamnya dia menjemput.... (-_-)
#paling aku jeles , dia kawen dulu dari aku!!! Huhuhuu…








2 comments:

  1. fais ni asl kuala selangor ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia orang Bukit Kucing / Parit Mahang, Kuala Selangor.. Kenal ke?

      Delete