Kehadiranmu amat dinanti semua
Bukan sahaja ibubapamu malah kami juga
Untuk meramaikan bilangan ahli keluarga
Menambah seri bila bersama
Wajah saling x tumpah wajah ayahanda
Badanmu ‘semangat’ amatla kami teruja
Langsung tidak menunjukkan sebarang petanda
Namun derita sengsara hanya kamu rasa
Kehadiranmu hanyalah seketika
Namun bererti buat kami semua
Cukupla buat kami merasa bahagia
Rela lepaskan dari kamu terus terseksa
Amanlah kamu tinggal disana sayang
Kasih NYA melebihi kami semua
Hanya doa yang mampu kami layang
Serta ingatan kekal selamanya
Buat allahyarham Muhammad aqil amni bin azizun, sepupu ku yang telah meninggalkan kami pada 21/11/2010.
Allahyarham telah mengalami komplikasi apabila oksigen tidak dapat dipam ke otak setelah jururawat mengambil sedikit sample darah melalui suntikan untuk pemeriksaan terhadap penyakit kuning yang allahyarham alami. Bahasa pasarnya, doktor memberitahu bahawa allahyarham tidak bersedia dengan suntikan & terkejut dengan suntikan itu. Akibatnya badan allahyarham menjadi biru apabila oksigen tidak dapat dipam ke otak. Allahyarham terpaksa bernafas dengan bantuan oksigen selama 4 bulan sebelum meninggalkan kami buat selamanya..
Allahyarham yang lahir tidak cukup bulan terpaksa di’rehat’kan dalam incubator selama 2 minggu. Kemudian kami berpeluang ‘bermesra’ dengannya selama seminggu sebelum kejadian diatas menimpanya. Walaupon seketika, namun kami bahagia..
Kepada ibu & bapa allahyarham iaitu makcik & pakcik ku, siti azura @ azizun, harap kalian redha dengan pemergiannya. Sesungguhnya hanya DIA yang tahu mana yang terbaik buat allahyarham..
Al-fatihah..
# allahyarham ketika berusia 3 minggu..
al-fatihah..dan takziah..
ReplyDeletethanks dear....
ReplyDeletemmg sedih bila dia pergi. bila siap dikafankan, badan dia yang berusia 5 bulan tu umpama 2 tahun...fizikal dia memang sihat namun takdir dah tentukan segalanya.... (-_-)