hit me!!

Friday, November 30, 2012

Tabahkan Hatiku Sepertimana Engkau Tabahkan Hatinya


“Kenapa abi mereka buat macam tu? Tak patut..(&#@**-perkataan yg agak kasar xdapat sy paparkan) “
"Semuanya dengan izin Allah..insha Allah ada hikmahnya.."jawab sy

Adawiyah & Aisyah yg sedari tadi elok bermain dengan tangan mereka tiba2 menangis memberhentikan wanita tersebut daripada terus menyuarakan perasaan tak puas hatinya terhadap bapa si kecil..


Saya mengambil Aisyah lalu diletakkan diriba manakala menggendong Adawiyah,memujuk mereka. Bukan kali pertama perkara seperti ini berlaku..bahkan sudah acap kali setiap kali si ayah dicemuh. Adakah mereka faham? wallahu a'lam..


Tapi menitis juga air mata setiap kali mengenangkan peristiwa pahit sewaktu Adawiyah dan Aisyah berada dalam kandungan. Si abi dengan lantang menyuruh kandungan tersebut digugurkan.. Bagai tercabut nyawa dari tubuh mendengar ayat tersebut. Sudahlah hampir setahun menunggu kelahiran si permata hati.. Tapi rupa2nya kedatangannya tak disukai sang abi..


Melihat kebesaran Allah dalam semua takdir ini..
Subhanallah..
Walaupun kedatanganmu xdisenangi abi pd permulaannya tapi si anak ini seolah2 membela abi mereka..
Subhanallah..
Hebat tarbiyah Allah dalam memberikanku lebih byk pengalaman dalam usia setahun jagung ini..

Teringat lagi ketika si anak menangis pd malam harinya.. Selepas puas memujuk dgn ayat Quran & zikrullah.. Tangan menggapai kain pelekat si abi lalu menyelimutkan mereka dgn kain tersebut sambil terus berzikir memujuk agar berhenti menangis..
Alhamdulilah..
Dgn kebesaran & kebenaran Allah..si anak berhenti menangis..

Tapi xpula si ayah datang menjenguk si anak.. Alasannya saya xmemberi izin.. Itu jugalah kata keluarga sebelah suami..
Allahu Allah..
Fitnah apakah ini? Bila pula sy xizinkan? Hnya sy xmahu berjumpa dengannya tp xpernah mnghalang & memutuskan perhubungn antara anak dan ayah..

Ini kisah si kembar kecil yg saat ini berumur 3 bulan 15 hari..bagaimana pula anak2 suami dari istri2 yg lain?

 Photo: "Kenapa abi mereka buat macam tu? Tak patut..(&#@**-perkataan yg agak kasar xdapat sy paparkan)

"Semuanya dengan izin Allah..insha Allah ada hikmahnya.."jawab sy

Adawiyah & Aisyah yg sedari tadi elok bermain dengan tangan mereka tiba2 menangis memberhentikan wanita tersebut daripada terus menyuarakan perasaan tak puas hatinya terhadap bapa si kecil..

Saya mengambil Aisyah lalu diletakkan diriba manakala menggendong Adawiyah..memujuk mereka. Bukan kali pertama perkara seperti ini berlaku..bahkan sudah acap kali setiap kali si ayah dicemuh. Adakah mereka faham? wallahu a'lam..

Tapi menitis juga air mata setiap kali mengenangkan peristiwa pahit sewaktu Adawiyah dan Aisyah berada dalam kandungan. Si abi dengan lantang menyuruh kandungan tersebut digugurkan..bagai tercabut nyawa dari tubuh mendengar ayat tersebut. Sudahlah hampir setahun menunggu kelahiran si permata hati..tapi rupa2nya kedatangannya tak disukai sang abi..

melihat kebesaran Allah dalam semua takdir ini..subhanallah..walaupun kedatanganmu xdisenangi abi pd permulaannya tapi si anak ini seolah2 membela abi mereka..subhanallah..hebat tarbiyah Allah dalam memberikanku lebih byk pengalaman dalam usia setahun jagung ini..

teringat lagi ketika si anak menangis pd malam harinya..selepas puas memujuk dgn ayat Quran & zikrullah..tangan menggapai kain pelekat si abi lalu menyelimutkan mereka dgn kain tersebut sambil terus berzikir memujuk agar berhenti menangis..alhamdulilah..dgn kebesaran & kebenaran Allah..si anak berhenti menangis..

tapi xpula si ayah datang menjenguk si anak..alasannya saya xmemberi izin..itu jugalah kata keluarga sebelah suami..Allahu Allah..fitnah apakah ini? Bila pula sy xizinkan?..hnya sy xmahu berjumpa dengannya tp xpernah mnghalang & memutuskan perhubungn antara anak dan ayah..

ini kisah si kembar kecil yg saat ini berumur 3 bulan 15 hari..bagaimana pula anak2 suami dari istri2 yg lain?
 Sumber :: FB :: Nur Atika Mohd Haris  
Blog :: Rabiatul Adawiyah        

Tengah berjalan-jalan menjelajah blog, secara tidak sengaja terbaca mengenai ‘Ustaz Razis’. Paparan mengenai beliau pernah dikeluarkan di Metro Ahad. Waallahualam kerana saya amat jarang sekali membeli Metro Ahad. Jadi, berkemungkinan bahawa saya ketinggalan membaca berita tentang ‘Ustaz Razis’ ini. Amat ramai para blogger yang mencemuh si ‘ustaz’ ini. Saya yang tidak tahu asal usul cerita tidak mahu menemplak menambahkan keaiban orang lain. Biarlah mereka yang lebih mengetahui dan mengenali berbicara tentang ini.

Jadi apa yang ingin saya kongsikan bersama adalah antara status yang pernah disuarakan oleh salah seorang isteri ‘Ustaz Razis’ ini. Luahan beliau amat meruntun kalbu saya & mengajar saya tentang ketabahan menghadapi liku hidup ini. Ia juga mengajar saya kesyukuran tentang kebahagiaan yang sedang saya kecapi ini yang mana selalu saya perlekehkan dengan pelbagai cara... Astagfirullah al-azim...

* Syukur alhamdulillah 'Ustaz' ini telah ditahan. Laporan : Harian Metro 27 November 2012

# Cuba untuk belajar mensyukuri dengan nikmat yang sedang/telah diberikanNYA... amin...


Save Gaza


Save Gaza.......................

Apa yang kita lakukan untuk ini? Apa respon kita tentang ini? Apa tindakan kita dalam memperjuangkan serta mempertahankan agama & saudara seagama kita? Ya, kita bukanlah mahir dalam peperangan mahupun mempunyai lebihan kemampuan dari segi kewangan namun kita masih ada cara kita sendiri untuk membantu mereka yang memerlukan.

Boikot? Ada yang memperlekehkan...
“Ala, boikot bermusim... Takde kempen, kayakan la balik Israel tu. Jana balik dana mereka..”

Ceramah? Juga ada yang memperlekehkan..
“Ala, buat ceramah sebab nak glemer jer.. Nak masuk TV, nak kutip undi...”

Derma? Tetap ada yang memperlekehkan...
“Ala, belom tentu diorang betol2 bagi kat orang Palestin.. Entah2 masuk poket sendiri......”

Astagfirullah al azim..... Inilah kata2 untuk orang yang mempunyai prinsip ‘Nak 1000 daya, taknak 1000 dalih’... Biarlah mereka dengan cara & pendapat mereka. Yang penting, niat kita melakukannya...

Marilah kita contohi teladan ini ::
Maka tersebutlah sebuah kisah dimana Nabi Ibrahim dibakar didalam api yang amat besar oleh Raja Namrud. Melihatkan kejahatan Raja Namrud, seekor burung kecil oleh disebabkan rasa sayangnya kepada kekasih Allah Nabi Ibrahim, ia lantas mengambil air dengan menggunakan paruhnya yang kecil dan dititiskan keatas api yang besar itu. Perbuatan burung kecil itu telah ditertawakan oleh burung2 yang lain.

"Usahamu itu hanya sia2, api yang besar itu tak mungkin terpadam dengan setitis air itu", mereka mengejek.

Lalu burung kecil itu membalas, "Aku percaya bahawa Allah tidak akan menanyakan kepadaku sama ada api itu berjaya dipadamkan atau tidak, tetapi Allah pasti akan bertanya apa yang telah aku usahakan untuk memadamkannya."

Boikot – Mungkin kita tidak mampu memboikot keseluruhan barangan mereka namun dengan sedikit usaha memboikot barangan mereka, kita tetap mempunyai ikhtiar untuk membantu saudara seagama kita dengan ikhlasnya...

Ceramah / Sembahyang Sunat – Mungkin kita tidak dapat mengikuti program2 besar yang dianjurkan, namun usaha yang kita lakukan dirumah pon insyaALLAH dipandang tinggi oleh DIA..

Biarlah mereka dengan cara mereka & kita dengan cara kita. Tak perlu menjadi burung yang besar yang hanya tahu memperlekehkan sahaja tapi jadilah burung yang kecil yang mempunyai semangat tolong menolong yang tinggi.. Yang penting niat kita itu biarlah ikhlas... InsyaALLAH diredhaiNYA...

# Tiada gambar kekejaman dipaparkan untuk entri ini kerana saya tidak sanggup melihat anak2 kecil yang comel2 & tidak berdosa dianiaya oleh mereka yang tidak berperikemanusiaan...........................

Thursday, November 29, 2012

Ikut je la....

Di suatu petang yang hening...

“Aku nak buat beday party Sabtu malam nanti boleh ke?”

Mmmmm... buatlah... Saya tak boleh komen apa2 dikala menunggu hari ni... Nak dipercepat @ diperlambatkan majlis itu, bukanlah saya tau detik bila saya akan bersalin kelak. Saya tidaklah bersalin di hospital swasta yang mana kita boleh pilih hari yang kita nak. Alhamdulillah juga kerana kesihatan saya masih stabil dimana tidak menuntut saya untuk bersalin secara pembedahan yang mungkin telah ditetapkan tarikhnya. InsyaALLAH segalanya akan berlaku secara semulajadi tanpa mengetahui segala perancanganNYA. Jadi, saya harap kakak saya faham sekiranya saya tidak larat membantunya ketika majlis itu kelak @ segala kemungkinan yang bakal terjadi...

# Due saya 12.12.12 tapi dikala 38 minggu ni, kita hanya perlu mempersiapkan diri untuk sebarang kemungkinan..

# Bila agaknya nak curi masa cari baju Fafa untuk beday itu nanti... Kua keje subuh, balik keje maghrib.. Akan cuba diusahakan juga...

Makan Telur Penyu Tu Tak Boleh..............


“Hah? Tak boleh makan telur penyu??” Abah bertanya.
“Tak boleh makan telur penyu kalau takde duit,” jawab Erin.

Tergelak abah bile dengar jawapan Erin. Inilah penangan Ustaz Azhar Idrus. Almaklumlah, ustaz ini femes dikalangan FB & blogger sedangkan abah manalah tau pasal internet2 ni..  Ini pon sebab abah dengar iklan kat Astro tentang ceramah beliau sempena Maal Hijrah yang lepas. Ustaz yang sempoi & terbaeklah!!

# Berminat untuk mencari CD2 ceramah UAI ini tapi tak tau kat mana boleh dapat. Any idea guys??

Wednesday, November 28, 2012

Nama Anak Nabil Ahmad - Naira Mi Kaila

Assalamualaikum....
Selamat pagi......

Sihat ke uollls??? Saya yang makin tak larat untuk membawa perut ini..huhuhuu.. So, apa gosip di pagi hari ini??? Cuma nak kongsi sket tentang nama anak Nabil Ahmad. 

Alhamdulillah isteri Nabil selamat melahirkan seorang puteri pada Ahad yang lalu (kalau tak salah saya la..). Jadi, malam tadi berlangsungnya program bual bicara MELETOP yang mana dihoskan oleh Nabil & Neelofa. Oleh itu, untuk pertama kalinya Nabil mengumumkan nama anak beliau...

NAIRA MI KAILA

Best nama tu tapi ada maksud ke? huhuu.. Menurut Nabil, nama Naira itu merupakan gabungan nama beliau & isterinya NAbil + nazIRAh. Manakala nama Mi Kaila pula tercetus dari nama Mikhail. Sekiranya anak beliau lelaki, beliau akan letak nama Naira Mikhail & jika perempuan, terciptala nama Naira Mi Kaila..

Tentang maksud maksud disebalik nama itu, wallahu'alam... Semoga Naira menjadi insan yang berguna & solehah kelak.. amin..~~

# Kita meletakkan nama yang berbunyi ala2 arab pon belum tentu mempunyai atau menjadi maksud yang bagus... & nama2 yang bagus pon belom tentu menjadi insan seperti yang diharapkan/diimpikan agar sama dengan maksud nama terbabit. Yang pernting ialah didikan ibu bapaitu sendiri...

# Beliau... - penggunaan beliau dalam entri ini mengingatkan saya tentang salah satu lawak dalam Majalah Ujang yang menggunakan kata nama ketiga ini...


Tuesday, November 27, 2012

Ngomelan Di Malam Hari Disaat 38 minggu Kehamilan


Baby... bila la nak kua ni? Kaki umi ni dah bengkak & surut banyak kali.. Tanda2 kecil baby nak kua dah banyak kali memunculkan diri tapi baby tak kua2 lagi juga... Mmmmmm... Baby tak nak jumpa kakak Fafa ke? Yela, mainlah puas2 dulu dalam perut umi yea...

# Umi yang tak sabar nak cuti ni..huhuhu... kendian, naik keje cepat & resign! Pastu baru pk keje lain...