hit me!!

Tuesday, March 26, 2013

Love dis so much!!!

Assalamualaikum.. sejak dok lepak kat rumah, dah xpost pape pon. Blog mula bersawang ke? Haisyyyy... jgnla... neway, pls enjoy dis adorable pix.. my 2nd pwenses...  (^_^)

Monday, March 18, 2013

Harini & Esok

Yeay!! Selepas esok tak perlu lagi travel jauh2 untuk p keje.. yeay!!! Keje tempat baru? Hm... harap SOHO akan membuahkan hasil! Tekad, yakin, ikhlas, usaha, tidak putus asa, berdoa & bertawakal inshaALLAH berjaya dengan izinNYA demi anak2 & rezeki yang berkat.. Kalau tidak, DIA juga yang tahu apa yang terbaik buatku..

Thanks to Superior Make Aircon Refrigeration Tech (SMARTECH) Sdn. Bhd gives me opportunity to gain worth of experiences and knowledge while I am one of ur staff.. To my colleagues, thanks a lot because giving me the best memory in my life..

Thanks everybody....











# tiada lagi bebelan tentang tidak adil di tempat keje, pilih kasih, pilih bulu, kedekut, ngumpat2 bos yang mana itu semua hanya membuat rezekiku tidak barakah!! Huhuhuuu...

Thursday, March 14, 2013

Syukran ya ALLAH

5.15pagi..

Letih nya badan... mlm td nini berjaga setelah tido dari maghrib sampai 12.30malam. kenyang tido, nak ajak kita main pula.. Alhamdulillah sebab walid sudi jaga nini & nini pon tak la meragam mana. Tapi tetap kena bangun dikala nini haus..

Masa untuk mengepam bekalan buat nini.. ‘adake susu? Bdn memang flat sgt2.. malam tadi pon tak banyak minum air, ubat pon tak makan.. cik B pon terasa 0...’

*sigh*

xpe, pam je........


5min berlalu, hasil terlalu sedikit..
*menangis...

tenang seketika sambil meminta.. ‘Ya ALLAH, limpahkanlah kurniaanMU buat anakku..’ pam lagi.....

And last... Alhamdulillah.. dapatla 3.5oz untuk bekalan nini (seperti selalu).. *hati riang tak terkata – alhamdulillah.....terima kasih ya ALLAH..



# inshaALLAH.. ALLAH akan turutkan apa sahaja demi ahli syurga. Cuma kita jangan malu untuk meminta.. yakin & tawakal pada DIA, inshaALLAH... (^_^)


Main masak2 jom!!!

Malam tadi punya cerita..
Jom kita layan kakak Fafa masak... heheheheee....


kita amik bekas dulu...

masukkan bahan2..


masuk perasa & gaul...


ok, mula kacau..

kacau lagi..

dan kacau...

jom rasa......

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^

YUMMY!!!


# entah dari mana entah dia belajar....

Monday, March 11, 2013

Tabahkan hatinya setabah hati Nabi Ayub A.S...



Sakit pembedahan masih terasa..
Susu perahan masih berbaki..
Bibir tersenyum menahan derita..
Rawan hati hanya Engkau Maha Mengerti Ya Ilahi..

3.36 petang, 8 Mac 2013
Nenek : Assalamualaikum.. angah ye?
Saya : Waalaikumussalam.. ye nek. Kenapa?
Nenek : Nak bagitau anak ebab meninggal.
Saya : Innalillah...

Ya ALLAH.. berat sungguh ujian yang Engkau turunkan pada dia.. Namun, aku tahu bahawa Engkau tidak akan turunkan ujian itu sekiranya hamba-Mu itu tidak mampu untuk menghadapinya..

Ya ALLAH, tabahkanlah hati makcik ku sebagaimana Engkau tabahkan hati Nabi Ayub a.s... Sesungguhnya, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...

Muhammad Aqeef Bin Azizun.. Ahli syurga yang melihat muka bumi ini mulai tanggal 18 Disember 2012 (4 hari selepas keluarnya An Nur Naura Auni – puteri kedua ku).. & meninggalkan dunia ini pada tanggal 8 mac 2013 selepas 81 hari bernafas di muka bumi ini.. Arwah meninggalkan kami diatas faktor jangkitan kuman pada paru2. Sesungguhnya DIA lebih menyayangi Aqeef dari kami semua.. & yang pasti Aqeef pasti berbahagia bersama-NYA serta ditemani kekandanya, Muhammad Aqil Amni Bin Azizun..

Al-fatihah..

# inshaALLAH 2 orang puteramu itu menanti kehadiranmu & akan memimpin mu ke syurga kelak... amin..~~

Thursday, March 7, 2013

Penghujung yang tiada bayang





Stop complaining!!!



Tiada siapa yang sempurna dalam dunia ini.. Jadi, berhenti dari bercerita keburukan orang, belajar untuk menerima keadaan, belajar untuk sentiasa positifkan diri..

# Namun, segalanya harus dalam keadaan rela & berserah, bukanlah dalam keadaan paksa & pasrah.

# 1000x muhasabah untuk diri sendiri...

SHOHH!!! Pegi Jauh-jauh!!!




Pegilah jauh2 sifat2 negetif ini dari diriku... amin..~~

Wednesday, March 6, 2013

Kazen sweet e-day..

Congratulation to my cousin on his engagement last Sunday (3 March 2013).. Shahril Shazwan Shaharuddin, sorry coz I’m not be there in your occasion. We just can planning anything but HE knows everything the best.

Selepas doa selamat, saya menghantar ayah saya pegi kenduri kawen di jalan kuchai lama. Kemudian, kembali semula ke ijok & menyusul ke Kuala Selangor untuk menyertai majlis pertunangan kazen saya namun takdir ALLAH mengatakan kami tidak sempat menyertai nya walaupon kami sudah berada di Kuala Selangor. Majlis sudah tamat. Tapi takpe la.. kami ke Kuala dengan tujuan lain juga iaitu untuk mencari puting botol anak2 kesayangan kami.. (^_^) namun sedikit rasa kecewa apabila tidak dapat menyertai majlis yang dirancang itu..

So, macamane saya tau ianya SWEEEEETT....? Jom layan gambar mereka..... (^_^)

 




# Adakah sesorang telah merancang? @ sememangnya takdir DIA?
# Aku redha dengan qada’ & qadar NYA.... Hanya DIA yang tau segalanya......


Tuesday, March 5, 2013

I love u aunty..

Aunty : Jadi ke perancangan tu?
Saya : InshaALLAH.. harap mendatangkan hasil.
Aunty : InshaALLAH.. yang penting, jangan putus berusaha..
Saya : Yes! Usaha, berdoa demi mencari rezeki untuk anak2, kemudian tawakal pada DIA.. inshaALLAH ada rezeki anak2..

# kita hanya mampu merencana namun hanya DIA yang tentukan.. DIA sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk kita... (^_^)
# thanks aunty for your support!! I love u..

Welcome Fever

Assalamualaikum..
Gud morning... (^_^)

Gumbira semacam je kan.. Yela, sekarang kan musim demam. Saya pon tidaklah terkecuali.. baru je kena demam ni... yela, minggu lepas bermandikan hujan, minggu ni disirami panas terik pulak.. saya bukanlah Wonder Woman yang mana takkan sakit langsung.. tapi Alhamdulillah.. demam2 yang macam tu je. Masih larat untuk p keje yang jauh berbatu2 ni.. Cuma tak boleh merempit macam selalu la.. (^_^) Jadi, harus menunggang motor secara berdondang sayang, lalalalala ~~ (bak kata enHubby la..hehehee). sebab kepala separa biol, kang merempit, lain pulak ceritanya.huhuhu...

So, welcome to fever..
ya, selamat datang demam.. memang saat yang dinantikan. (^_^)

Kenapa?

Sebab saya kan separa BF Nini.. jadi waktu ini adalah waktu yang terbaik untuk BF pada sikecik itu.. ya, waktu saya didatangi demam!

Sebab........
Menurut pakar yang bertauliah juga tidak bertauliah, waktu saya demam ini, antibodi saya akan berlipat kali ganda kualitinya dalam badan saya dalam usaha memerangi/memusnahkan virus demam ini. Jadi, susu yang terhasil juga akan lebih berkualiti, mempunyai antibodi yang lebih dari yang biasa.. ya, ini yang saya mahukan! Tapi jangan risau, walau ubat ape pon untuk demam (Paracetamol / PCM / Panadol), selsema (Piriton / Actified / Loratadine / Cetrizine / Zytex), batuk (Bromozine / Benadryl) yang saya makan, tidak akan memberi kesan pada baby kita.. baby kita pon takkan berjangkit penyakit itu melalui susu ibu tapi berjangkit sebab kita sentiasa berdekatan dengan dia, kita selalu gomol dia... ingat tu! Jadi, sila tinggi kan kekerapan menyusukan anak korang ketika korang demam k! (^_^)

# happy BF!!