hit me!!

Tuesday, October 2, 2012

Mohonku pada MU Ya ALLAH.....

Ya Allah..
Kau ampunilah dosaku yang telah ku lakukan,
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas,
Kau berikanlah aku kekuatan mental,
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan,
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista,
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran-Mu,
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan..

Ya Allah..
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di arash,
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya,
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian-Mu,
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya,
Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di jannah-Mu,
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya,
Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di dunia-Mu,
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya,
Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu,
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya..

Tetapi Ya Allah..
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang,
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan-Mu,
Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan dunia-Mu,
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya,
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan,
Kurniakanlah aku kekuatan-Mu untuk aku memperbetulkan keadaannya,
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan,
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena..

Ya Allah..
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku,
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku,
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai,
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri,
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat-Mu,
Sekiranya aku ingkar dan derhaka,
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat-Mu..

Ya Allah..
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu,
Aku buta tanpa bimbingan Mu,
Aku cacat tanpa hidayah Mu,
Aku hina tanpa Rahmat Mu..

Ya Allah..
Kuatkan hati dan semangatku,
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan-Mu,
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami,
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu,
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah..

Hanya pada Mu, Ya Allah..
Ku pohon segala harapan,
Kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu,
Kerana aku sedar hinanya aku,
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru,
Kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu,
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran-Mu,
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian-Mu..

Ya Allah Tuhanku..
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,
Isteri yang dikasihi,
Isteri yang solehah,
Isteri yang sentiasa dihati suamiku..

Amin, Ya Rabbi Allamin..

Wednesday, August 8, 2012

Kalau dah itu reaksi ibu, bagaimana perasaan anak?



 
“Awak +ve.”
“Ha?? Baru 3 hari lepas saya scan tp rahim saya kosong.”

Setelah beberapa kali turun naik Hospital Sg. Buloh, akhirnya dapat dipastikan terdapat 1 nyawa sedang membesar dalam rahimku. Aku? Tergamam kerana puteriku baru sahaja menginjak 7bulan.. Namun redha dengan ketentuan & rezeki NYA. Alhamdulillah.. lebih baik dia membesar dalam rahimku dari aku dibedah (sekiranya dia membesar diluar rahimku) dimana berkemungkinan tiub falapioku akan dibuang. Pasti ada hikmah disebalik kejadian & rezeki yang kita tidak ketahui. J Aku mula membesarkan kandunganku tanpa berkongsi berita kegembiraan ini kepada sesiapa kecuali suamiku (sudah tentu…!). sebulan selepas itu kantoi juga dengan beberapa orang namun mereka menjaga rahsiaku dengan baik sekali..

Alasan aku menyembunyikan kehamilanku??

Ini kerana aku terpaksa berulang alik ke tempat kerja dengan menunggang motosikal. Aku tahu pasti ada yang bising kerana jarak perjalananku pergi & balik mencecah 100km sehari! Namun aku yakin, tekad & tawakal kepadaNYA. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar & selamat sehingga ketika ini dimana kandunganku sudah mencecah 6 bulan. Bagiku, yang penting adalah niat kita. Suamiku? Pasti suamiku risau akan keselamatanku namun aku yang tekad & memujuk dia agar membenarkan aku menunggang motosikal. Alhamdulillah, sepanjang aku menunggang motosikal ini, hampir 90% dari perjalanan pulangku diiringi suami tercinta. (^_^)Suamiku ada juga meminta agar aku membawa kereta dikala kandunganku mencecah 5bulan tapi aku menolak dan cuba memujuknya dengan alasan aku tidak berdaya untuk menempuh kesesakan jalanraya dikala bulan puasa ini. InsyaALLAH, selepas raya aku akan membawa kereta ke tempat kerja. (^_^)

Dikala kandunganku kini mencecah 6 bulan, barulah aku & suamiku berkeyakinan untuk memberitahu ibuku mengenai kehamilanku. Sekiranya ibu-ibu lain menerima berita tentang kehadiran cucu baru, pasti mereka gembira bukan? Tapi ibuku???

SMS ku:  Ibu, angah mengandung.

……..
……..
……..
Sepi…..
Sunyi….


Tiada sebarang reaksi mengenai kehamilanku ini.
Hatiku mula berdetik..

“Ibu marahke kalau aku mengandung lagi?”
“Besar sangat ke kesalahanku dengan kewujudan bayi ini?”
“Ini baru anakku yang kedua, bukannya yang kesepuluh.”

Macam-macam alasan yang terlintas difikiranku & pastinya hampir keseluruhannya adalah alasan yang negatif!

“Bagila ibu masa 2-3 hari lagi” suamiku mula memujuk ku..

Namun perasaanku?? Apatah lagi sensitiviti wanita hamil lebih tinggi dari kebiasaannya..
Ya ALLAH… aku pasrah kepadaMU sepenuh jiwa ragaku…. Hanya ENGKAU yang mengerti perasaanku juga perasaan sebenar ibuku…
Namun tiada siapa dapat menghalang kesedihan yang meruntun jiwaku dikala ini….

Bertenangla wahai hati…..


#Masih menunggu reaksi sebenar dari ibuku…..

Tuesday, August 7, 2012

Jodoh & Takdir Di Tangan DIA


Assalamualaikum……
Arini saya ingin berkongsi cerita mengenai jodoh & takdir..

Al-kisah bermula apabila sepupu saya mengeluarkan status mengapa orang asyik bertanya mengenai pilihan hati dia dimana lelaki itu ialah lelaki yang pernah melukai hati dia suatu ketika dahulu.

Pasti antara kalian ada yang pernah melalui situasi sebegini kan? & ramai akan menjawab, “dah jodoh..” itulah jawapan yang paling popular & sebenarnya malas nak bercerita dengan umum mengenai alasan kita tersendiri. Saya juga pernah melalui pengalaman ini. Namun bukanlah pengalaman ditinggalkan & menikahi lelaki yang pernah melukakan hati kita. Pengalaman yang sama saya lalui ialah apabila orang sekeliling mempersoalkan tentang pilihan hati saya.

“Kenapa dia??? “
“ Engkau kan berpendidikan tinggi, bejawatan tinggi, bergaji besar berbanding dia”
“Engkau boleh dapat lagi baik dari dia”

Mmm.. yang berkata2 tu Tuhan ke? Tahu tentang perjalanan hidup kita? Tahu tentang apa yang telah tertulis pada Loh Mahfuz? Berkata-kata umpama memberi jaminan tentang kebahagiaan kita kelak 200%! Sedangkan hakikatnya hidup sendiri kucar kacir… Astagfirullah al-azim.. jauhkan diri ku dari tergolong dalam golongan sebegitu…

Jodoh & takdir ialah urusan ALLAH SWT. Kita hanya merancang namun DIA yang menentukan. Apa yang kita boleh lakukan, kita usaha & ikhtiar. Kita buat solat istikharah, minta resru kedua ibubapa kita, itulah yang paling utama! Jangan sesakali hiraukan kata-kata orang disekitar kita. Ya, ada yang mengambil berat tentang kita & ada juga niat tersirat yang kita tak dapat menduga…

Di zaman moden ini, wang ringgit amat diperlukan namun ianya bukanlah jaminan kebahagiaan. Bahagiakah seseorang itu apabila dilimpahi kemewahan? YAA… untuk permulaan sahaja. Namun apabila kemewahan itu memakan diri, mula menangisi apa yang terjadi & menyalahkan takdir. Astagfirullah al-azim.. Janganlah sesekali menyalahkan takdir namun mohonla pada ILAHI agar diberikan apa yang terbaik untuk diri kita. Mungkin dengan rezeki yang seadanya itu lebih membahagiakan kita berbanding rezeki yang melimpah ruah..

Sesunggah..kita  hanya merancang & ALLAH yang menentukan segalanya… Jadi kita mohonlah apa yang terbaik untuk kita..

# Syukur padamu Ya ALLAH atas kurniaan suami yang amat penyayang, bertanggujawab, berdedikasi & yang paling penting amat sabar melayan karenahku.. & aku mohon padaMU Ya ALLAH, jadikanlah aku isteri yang terbaik untuk suamiku di dunia & di akhirat… amin..~~