Assalamualaikum……
Arini saya ingin berkongsi cerita mengenai jodoh &
takdir..
Al-kisah bermula apabila sepupu saya mengeluarkan status
mengapa orang asyik bertanya mengenai pilihan hati dia dimana lelaki itu ialah
lelaki yang pernah melukai hati dia suatu ketika dahulu.
Pasti antara kalian ada yang pernah melalui situasi sebegini
kan? & ramai akan menjawab, “dah jodoh..” itulah jawapan yang paling popular
& sebenarnya malas nak bercerita dengan umum mengenai alasan kita
tersendiri. Saya juga pernah melalui pengalaman ini. Namun bukanlah pengalaman
ditinggalkan & menikahi lelaki yang pernah melukakan hati kita. Pengalaman
yang sama saya lalui ialah apabila orang sekeliling mempersoalkan tentang
pilihan hati saya.
“Kenapa dia??? “
“ Engkau kan berpendidikan tinggi, bejawatan tinggi, bergaji
besar berbanding dia”
“Engkau boleh dapat lagi baik dari dia”
Mmm.. yang berkata2 tu Tuhan ke? Tahu tentang perjalanan
hidup kita? Tahu tentang apa yang telah tertulis pada Loh Mahfuz? Berkata-kata
umpama memberi jaminan tentang kebahagiaan kita kelak 200%! Sedangkan hakikatnya
hidup sendiri kucar kacir… Astagfirullah al-azim.. jauhkan diri ku dari
tergolong dalam golongan sebegitu…
Jodoh & takdir ialah urusan ALLAH SWT. Kita hanya
merancang namun DIA yang menentukan. Apa yang kita boleh lakukan, kita usaha
& ikhtiar. Kita buat solat istikharah, minta resru kedua ibubapa kita,
itulah yang paling utama! Jangan sesakali hiraukan kata-kata orang disekitar
kita. Ya, ada yang mengambil berat tentang kita & ada juga niat tersirat
yang kita tak dapat menduga…
Di zaman moden ini, wang ringgit amat diperlukan namun ianya
bukanlah jaminan kebahagiaan. Bahagiakah seseorang itu apabila dilimpahi
kemewahan? YAA… untuk permulaan sahaja. Namun apabila kemewahan itu memakan
diri, mula menangisi apa yang terjadi & menyalahkan takdir. Astagfirullah
al-azim.. Janganlah sesekali menyalahkan takdir namun mohonla pada ILAHI agar
diberikan apa yang terbaik untuk diri kita. Mungkin dengan rezeki yang seadanya
itu lebih membahagiakan kita berbanding rezeki yang melimpah ruah..
Sesunggah..kita hanya
merancang & ALLAH yang menentukan segalanya… Jadi kita mohonlah apa yang
terbaik untuk kita..
# Syukur padamu Ya ALLAH atas kurniaan suami yang amat
penyayang, bertanggujawab, berdedikasi & yang paling penting amat sabar
melayan karenahku.. & aku mohon padaMU Ya ALLAH, jadikanlah aku isteri yang
terbaik untuk suamiku di dunia & di akhirat… amin..~~
No comments:
Post a Comment