Ya ALLAH ya Tuhanku…..
Berilah aku petunjuk.. Aku terpaksa bekerja disini demi
membantu suamiku mencari rezeki.
InsyaALLAH rezekiku ini halal tp berkat kah ia? Permudahkanlah
aku dalam usaha mencari rezeki lain..
Semua orang melihat aku kerja dengan senangnya.. Al’lillah, dengan
kejaya yang professional, dengan gaji 2k+, aku dapat membantu suamiku mencari rezeki
untuk kami sekeluarga. Namun, bekerja dgn syarikat bukan seagama membuatku
bertanya tentang rezeki ku ini. Ya… pejabat yang tiada surau untuk solat
bukanlah alasanku untuk tidak bersembahyang namun apabila waktu rehat dari
12.30 hingga 1.30 menyukarkan serba sedikit jadualku harianku. Sesekali dua
bolehla kita pulang lewat untuk menunaikan rukun islam yg utama ini namun
apabila kita pulang lewat tiap hari?? Pasti ada notis. Aku akui bahawa aku
tidaklah sekuat mana untuk berdebat mengenai isu ini & meletakkan jawatan
dengan alasan ini kerana aku takut tidak mendapat pekerjaan yang lain….Peluang
mencari pekerjaan yang lain semakin menipis dengan kehadiran sikecil dalam
perutku ini yang semakin membesar.. Haruskan aku pasrah dengan rezeki ku ini??
Astagfirullah al-azim………………………………..
Ya ALLAH, kuatkan imanku, semangatku untuk menghadapi setiap
cabaran Mu. Berilah aku petunjuk agar
aku lebih yakin untuk menempuh setiap
dugaan dalam mencari rezekiMU yang halal lagi berkat.. Tiada gunanya pangkat
besar, gaji tinggi kalau tiada keberkatan. Tiada gunanya berpuasa penuh sebulan
sekiranya meninggalkan rukun islam yang pertama. Bagaimana dengan anak dalam
kandungan ku ini? Belum sempat lagi aku memperdengarkan alunan quran dari
mulutku sendiri. Malah, sejak dari dalam kandungan ini, sudah ku ajar
meninggalkan sembahyang..
Astagfirullah al-azim………………………….maafkan umi sayang………
# aku tak mampu meneruskan lagi rintihan ini. Ya ALLAH,
permudahkanlah segala urusanku dalam usaha mencari keredhaanMU.. amin..~~
No comments:
Post a Comment