Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia….
Hari yang membosankan? Mungkin tidak bagi korang tapi YA
bagi saya.. pagi tadi terfikir-fikir juga sekiranya nak ‘ponteng’ arini.. Alhamdulillah…
Masih gagah juga nak bekerja & tidak menyesal walaupon dilanda kebosanan di
pejabat ini. Bos tiada, manager tiada, kerja pon tiada… jadi, kerja saya online
saja arini…. (-_-)
Sedang membelek FB, tetiba terbaca coretan yang dikongsi
oleh rakan saya di FB mengenai “6 Sebab Beruntungnya Perempuan Mempunyai Rahim”.
Cerita yang agak menarik untuk dikongsi bersama. Inilah isinya..
1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi ‘kilang’manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya..
2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang…sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya…
3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita tu mati sewaktu bersalin, itu dianggapmati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga.
4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung..
6.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA…….
Hati agak terdetik sayu dikala membaca coretan ini
mengenangkan baby yang sedang membesar di dalam rahim ini… syukur ke atas
rahmatMU ya ALLAH.. semoga hidup kami sentiasa diberkatiMU… amin..~~
Selamat Menyambut Nuzul Quran pada 17 Ramadhan 1433 (6 Ogos
2012)..
# tiada sekelumit penyesalan kerana bekerja pada hari ini
(walaupon bekerja di Selangor) apabila membaca coretan ini & dapat berkongsi
kepada semua..
No comments:
Post a Comment