Memikirkan menu untuk juadah “mengunjung” kelak..
“Mengunjung”? heheee.. ini adalah salah satu adat bagi orang jawa.
Tradisi mengunjung…
Tradisi ini kebiasaannya akan dilakukan apabila menyambut
kedatangan raya (raya puasa @ raya haji je tau!!! Tiada istilah untuk raya
selain 2 ini bagi tradisi ini…) Seawal 2 minggu sebelum raya, orang jawa akan
mula mengunjung dimana memberi sedikit juadah kepada
keluarga/saudara/jiran/sahabat handai mengikut kemampuan masing2. Dan kebiasaannya
juadah ini akan dibalas. Maknanya.. kalau si A mengunjung ke rumah si B, maka
si B akan mengunjung pulak ke rumah si A. Balasan itu bukanlah wajib tapi
umpama tradisi bagi mengeratkan silaturrahim & meraikan serta memeriahkan
suasana hari raya itu bersama2.. kalau dulu, juadah yang menjadi kebiasaan
untuk mengunjung ini adalah Juadah Raya sepeti lemang, nasi impit, masak lodeh,
sambal kacang, ayam masak merah dan sebagainya. Namun, dikala ini pada era ini,
sedikit pembaharuan dilakukan apabila ada yang memberi juadah berlainan seperti
nasi tomato, air botol berkarbonat, kek coklat moist, kuih raya dan sebagainya
bagi menghilangkan rasa jemu/muak apabila menerima 2-3jenis kuah kacang untuk 1
hari.. (^_^)
Jadi, menu saya pada sesi mengunjung tahun lepas adalah Nasi
Impit, Ayam Masak Rempah Ladam & Sambal Udang Petai. Untuk menu tahun ini,
saya masih belum berbincang dengan en Suami lagi. Ini diantara yang terlintas
di fikiran saya :
1.
Nasi Impit
2.
Nasi Jagung
3.
Ayam Masak Merah
4.
Ayam Masak Rempah Ladam
5.
Ayam Bakar
6.
Sambal Sotong
7.
Sambal Udang Petai
8.
Sotong Sumbat Pulut
9.
Ayam Masak Serai Tiram (resepi sendiri)
Setakat ini, itu je yang terlintas di fikiran… Keputusannya,
kena berbincang dengan en Suami dulu..hehehee..
No comments:
Post a Comment