hit me!!

Friday, October 5, 2012

Jom Makan IBERET FOLIC..



Wa...bunyi macam best je kan.. hakikatnya.............................................

*parah, pasrah + paksa..*


Terutama untuk para ibu yang alah ubat ni macam saya... huhuhuuu..

Apa itu Iberet Folic??

kotaknya besar ya puan-puan..

Iberet Folic adalah sejenis ubat khas untuk ibu hamil dengan tujuan meningkatkan hemoglobin @ HB dalam darah. Iberet Folic adalah ubat alternative selepas iron tablet & obimin. Ini kerana kandungan Iron dalam Iberet Folic 3x dari tablet biasa iaitu 105mg Iron & rata2 tablet iron biasa hanyalah 30mg sahaja. Selain itu, Iberet Folic merangkumi tablet lain seperti Folic Acid, Vitamin C, Vitamin B & highly ferrous-contain. Jadi, kebiasaannya para doktor akan menasihatkan para ibu untuk mengambil Iberet Folic terutama untuk para ibu yang mengalami rendah HB (<10) macam saya..
Berikut adalah kadar penurunan HB dlm bdn saya:

14/06/12 – 11.0
12/07/12 – 10.8
09/08/12 – 10.1
06/09/12 – 9.9
20/09/12 – 9.8

Semakin menurun kan??harusla saya risau apatah lagi symptom-simpton kekurangan darah merah mula menerjah kehidupan seharian saya. Antara symptom-simptom nya:
a)      Cepat letih
b)      Cepat pening
c)       Loya
d)      Pitam
e)   Jantung berdegup pantas
Ini semua kesan akibat kurang oksigen dalam badan (*fungsi darah merah – membawa oksigen keseluruh badan) & yang paling membimbangkan akan turut memberi kesan pada baby yang kita kandung. Apabila kurangnya HB = darah merah = oksigen supply pada baby kita, maka peratus kemungkinan untuk baby gugur / bersalin tak cukup bulan akan meningkat! Apabila HB sudah berada di tahap <10, amatlah susah untuk meningkatkan balik paras HB itu ke normal tanpa bantuan supplement/tablet. Jadi, pastinya doktor akan menyarankan untuk mengambil Iberet Folic ini. Terdapat 2 cara yang berkesan untuk makan tablet ini yang dapat meningkatkan HB dengan segera.. (insyaALLAH dengan keizinanNYA)..

Cara pertama (untuk orang yang tidak mengalami alahan terhadap ubat ini) :
-          Makan tablet ini ketika perut masih kosong iaitu selepas subuh @ 2jam sebelum pengambilan sarapan pagi.

Cara kedua (untuk orang yang mengalami alahan terhadap ubat ini seperti saya) :
-          Makan tablet ini semasa perut kosong juga TAPI waktunya berbeza iaitu 2-3jam selepas makan malam. Ini kerana, proses penghadaman sepenuhnya dijangka mengambil masa dalam tempoh 2-3 jam. Jadi, berehatla @ tidorlah selepas makan ubat ini untuk mengelakkan anda dari melayani kesan alahan ubat ini.

Simpton alahan :
a)      Loya
b)      Muntah
c)       Pening
d)      Angin
Simpton ini akan terjadi seawal setengah jam selepas makan ubat & boleh berlarutan sehingga seharian bergantung pada individu. Sebab itu saya sarankan untuk tidur selepas makan ubat ini.

*extra* untuk menambah keberkesanan ubat ini, silalah menelan ubat ini bersama Jus Oren @ minuman yang boleh membekal Vitamin C seperti Ribena dsb. Ini kerana Vitamin C amat membantu dalam penyerapan Iron kedalam badan kita.

 

ok, nak tau hasilnya.....
result HB saya yang diambil pada 4/10/12 (2minggu selepas mengamalkan Iberet Folic ni) ialah..... 10.5.
ofkos.. still bottom line tapi bagi saya ianya peningkatan yang amat tinggi juga la (malah diakui oleh doktor).. yela, dari 9.8 ke 10.5 in 2weeks only! biasanya, nak naikkan 0.1 pon susah tau... & for me, it is great thing because my pregnancy is entering 8months! So, memang kena tingkatkan HB dengan cara drastik la....

Kesan sampingan?? Pastilah ada...
Semasa mengambil tablet ini, anda akan merasa sedikit kesan/perubahan yang berlaku. Antaranya :
a)      Kerap buang air besar – banyakkan minum air @ makan buah prune, betik, pisang untuk elakkan sembelit.
b)      Sedikit lebih bertenaga & sihat.
c)       Selera makan bertambah/berkurang– bergantung pada individu & usia kandungan
d)      Najis berwarna semakin kehitaman – Tanda HB semakin meningkat
e)      Baby bergerak lebih aktif – hehehee...baby saya je kot.... (^_^)

 

Jadi, cubalah amalkan cara saya memakan ubat ini... InsyaALLAH berkesan dengan izinNYA...
Selamat Mencuba!!!!
Semoga berjaya!!!!!

GAMBATTE NE!!!!!!!!!

Sabar je la....


Astagfirullah al azim.....
Bosannya keje sekarang...
Memang terasa diri ini sedang makan gaji buta... huhuhuu...
Memang takde keje... boleh minta/cari keje tapi hakikatnya saya taksuka minta keje dengan sipolan itu!
Harus ramai yang kata, “elokla takde keje.. lepak jer....”
Memang best tapi la ni dah sampai 1 tahap yang amat membosankan.......!
“minta je keje dengan sipolan tu..” “oh, tidak sama sekali! Malas melayan karenah dia yang cerewet & buat kita terhegeh-hegeh pada dia..”
Let u to imagine :
Dia akan bagi 1 keje tapi TIDAK AKAN menerangkan step dari A to Z! Dia lebih suka cakap.. “u buat dulu macam ni, then jumpa saya balik..”
Dah tu, walaupon ikut cara dia, pasti salah juga.. “Eh, bukan macam ni / bukan yang ini. Actually macam ni...” *memang rasa nak lempang*
Then saya pasti minta keje yang tak urgent sebab saya taksuka buat keje rushing2.. nanti dia kata, “Tak urgent..” Tapi esoknya dah minta hasil keje...
Alasannya : “Orang sana dah chase la...” *memang rasa nak lempar je keje tu kat dia...* huhuhu..

Aku merindukan keje sebagai estimator yang memang adakala terpaksa curi masa untuk makan. Memang bizi giler la! Dari aku dok melangut depan computer ni.. dah tu sudah pasti ada yang memerhati & tunggu masa untuk mengadu..huhuhu...

‘Ya ALLAH, tinggikanlah tahap kesabaran aku sementara kelahiran anakku yang ke2 ini & permudahkanlah aku mencari keje yang sesuai dengan jiwa raga ku kelak.... Amin...~~  ‘

Kecik je perut, ni mesti baby boy....


Assalamualaikum bloggers semua..........
Ohayo Gozaimasu! (^_^)

Arini saya nak bercerita tentang gender. Almaklumla.. Tak lama lagi Syifa kan nak jadi kakak.. al’lillah.. rezeki dariNYA..Harap Syifa dapat jadi kakak yang terbaik untuk adik ye sayang... (^_^)

Oleh disebabkan Fafa ialah dari kategori “pinky-pinky”... jadi ramai yang bertanya, “yang kedua ni dah scan ke? Pink @ Bue?” “tak scan pon...” “Nape tak scan? P la scan...”

Eh, harus ke scan? Saya tau, pasti ramai yang teruja menanti kehadiran orang baru kan. Siap scan 3D, 4D lagi... bagi saya, tak perlulah.. scan semata nak tau jantina sahaja.. Memangla melalui scan 3D/4D tu kita bukan sahaja dapat tau jantina tapi boleh tengok baby kita ok ke idak, sempurna ke tak, even kita boleh check kalau-kalau terdapat ‘benda asing’ dalam rahim kita... wa.... scarry je bunyi nye..hehehee.. benda asing tu bukannya apa, tapi macam cyst ke, fibroid ke.. tapi sudah pasti extra cas lor... bunyi macam saya ni kedekut kan??? Hahahaaa.. sikit la tapi saya fikir lebih kepada berjimat..Memang saya mampu untuk buat scan 3D/4D tapi saya rasa membazir sebab bayar >100++ semata untuk tengok jantina. Sedangkan dengan 100++ tu la kita boleh siapkan keperluan yang lain..

 

Bagi saya, cukuplah scan 2D kat klinik/hospital, asalakan dapat tengok jantung anak saya berdegup & anak saya bergerak aktif, syukur padaNYA. Malah kita juga akan didengarkan degupan jantung baby kita untuk mengetahui adakah kadar degupan jantung itu normal atau sebaliknya.. As long my baby is healthy, it is great for me... (^_^)

Macam title diatas.. ada je yang sound kat saya macam ni :

“Kecik jer perut ni, mesti baby boy...”
“Seri-seri muka angah, baby girl lagi ni...”
“Lasaknya Syifa, ni mesti nak dapat adik lelaki...”

Hahaa.. macam-macam yang saya dengar orang meneka jantina dalam perut saya ni..

Ini antara petua-petua orang dolu-dolu yang meneka sama ada baby tu lelaki @ perempuan..

a)      Perut meruncing / membujur kedepan – lelaki
b)      Perut mengembang / membulat – perempuan
c)       Pusat  keluar – lelaki
d)      Pusat kedalam – perempuan
e)      Muka berseri-seri – perempuan
f)       Muka kusam/malas berhias – lelaki

 

TAPI.....................
Sejauh mana kebenaran/kesahihan/keberkesanan tanda-tanda ini masih tidak dapat dibuktikan lagi... (^_^)
Mungkin sekiranya tanda-tanda/petua diatas tepat/mengena, itu hanyalah kebetulan sahaja..

Boy @ girl? It’s doesn’t mean anything to me.. Again : As long my baby is healthy, it’s great thing for me....!

   
nak yang mata biru boleh tak??? huhuhuuu..