hit me!!

Thursday, July 14, 2011

:: back with my first princess ::


i'm back......setelah sekian lama aku 'menghilangkan diri'..
setelah aku selesai mengandung 39 minggu a.k.a 9 bulan 3 minggu, al'lillah... 
& setelah aku selamat melahirkan puteri sulungku..amin...
nikmatila gambar2 ini dulu sementara aku kembali pada post2 yang lain...

enjoy yourself.........






An Nur Syifa Bt A.D Ahmad
24 Oct 2011
1.28pm
Hospital Sungai Buloh
2.61kg


so, guess la Syifa ikut muka sapa.. 

hint: gmbar kat bawah... (^_^)




i have no comment but as my mum told me that Syifa was copy paste of me when i was a child....
sebijik muka aku ms kecik... (^_____^)

perangai Syifa? ikut perangai walid.. 

buktinye???  



kalau tdo mlm, terpaksa lepaskan tangan dia,bedung kaki jer.. kalau x, terpaksa pujuk dia sebab dia akan nangis setiap 1/2 jam!





Monday, June 20, 2011

:: hari jadi ::



happy belated birthday dear.....

ucapan birthday untuk diri sendiri..huhuhuu..

terima kasih kepada RAKAN2 serta SUAMI yang telah mengucapkan serta mendoakan kesejahteraan dihari  lahirku pada 11 JUN 2011.

walaupon melalui FB sahaja namun ingatan mereka tetap aku syukuri.namun hanya dari SUAMI & RAKAN2  serta seorang sahaja makcik ku yang telah mendoakan kesejahteraan sempena hari jadiku.

Tiada ucapan dari ibu, adik-beradik ku yang lain serta saudara2 ku yang lain walaupon hari jadi kami teramatlah berdekatan..

mungkin diorang lupa..aku harap tidakla sepelupa aku....
mungkin sebab kisah ini?
terpulang lah... cuma aku rasakan aku harus berdikari mulai sekarang....

yang penting sokongan suami masih teguh disisi....
insyaALLAH....


Sunday, June 19, 2011

already 5 months.....

"eh, baby u dah berapa bulan?", officemate
"5 bulan dah.."aku
"kenapa perut u kecik lagi? xnampak pon perut u..."

heheheee.. (^^_)

diam tak diam sudah 5 bulan kandungan ku...
alahan masih berbaki...
namun tinggal sedikit sahaja...
baby pulak sudah bergerak.

dia dah bergerak since 3 bulan lagi namun pergerakannya kini lebih dirasai dan adakalanya terlalu aktif....
sampai aku xmampu buat ape2....aku terpakasa berdiam diri menahan senak...

baby...baby....
dalam tummy pon hyperactive, apatah lagi kalau dah keluar nanti..huhuhuuu..
agak memenatkan apatah lagi ketika memandu..
pernah sekali aku sedang memandu dan babyku memberi tendangan jitu dalam perut ku...
aduhhh..... baby, duk diam sket boleh tak...
biarlah kita sampai rumah dulu, baru lah baby boleh bersilat..
umie penat...... (-__________-)

al'lillah baby bergerak.. umie syukur juga sebab dengan pergerakan baby tu umie tau yang baby still in there dear ..cuma kalau boleh kurang2kan lah lasak tu ye..huhuhu.....


Saturday, June 18, 2011

from a small matter.....


waktu : sebulan yg lepas
kisah:

"boleh tak kalau kita awalkan berkelah tu 28/29? bgtau arini juga...", si A
"apasal?", aku
"tak de tmpt menginap. full-booked!", si A
"ok la... tp aku xjanji nak pi sebab kalau laki aku keje, aku tak pi. takde sapa nak drive..aku tak boleh drive mabuk2 ni", aku
"ala, kalau laki hang tak pi, hang kena pi  juga", si A
waktu  tengahari, aku tengah mabuk, tak berdaya untuk mengingati segala temujanji yang terdahulu. 


beberapa hari kemudian....

"aku tak jadi pi.aku lupa sangat2 yg aku dah janji dgn abah aku nak bawa dia pi melaka", aku
"aritu kata ok..apa ni...sorang ke sorang nak cancel. lainkali tak yah plan lagi la..", si A


beberapa hari kemudian..

"aku dengar ada orang cakap yang aku pi melaka sebab nak berubat. aku pi melaka sebab ada kenduri kawen, balik hari jer...", aku
"apasal cakap dengan aku? pi la cakap dengan orang tu", si A
"tak la, aku cuma nak bagitau ko je yang aku pi sana atas urusan kenduri kawen. kang kalau ada yang menyampai kat ko, tak la menyampai yang tak betul", aku
"itu aku tak tau dan aku kisah apa hang pi sana untuk apa. korang ni ada masalah ke? tadi kakak hang message aku, skrang hang pulak, jap lagi adik hang", si A
"kitorang ok je, takde masalah ape2..", aku
"bukan orang sakit jer pi berubat, tapi orang ada masalah pon pi berubat", si A
aku? panas hati tapi aku malas nak meleret2kan cerita..


1.aku sememangnya lupa tentang temujanji tu sebab abah dah booking tarikh sejak awal bulan april lagi. salah aku sebab terlupa.dengan keadaan mabuk2, alahan mengandung, mampu ke aku mengelakkan perkara ini???

2. susah sgt ker nak terima reason tu? aku bawa abah, bukannya aku cancel tanpa sebab yang tak munasabah..kira ok la sebab aku cancel 2 minggu awal. aku rasa lebih baik dari aku cancel last2 minute!

3. aku telah dituduh menuduh si A menyebarkan fitnah tentang berubat tu kononnye dia yang mengatakan bahawa kami pi melaka untuk berubat. sedangkan niat aku adalah untuk menjernihkan keadaan agar tidak sampai berita yang kurang betul pada dia. tidak terdetik sekalipon di hatiku untuk aku menuduh dia sebab aku tau, ramai lagi yang boleh disyaki untuk bawa cerita macam tu. DAN dia menuduhku terus kepada ibuku. kenapa dia sendiri tidak tanya perkara tu terus kepadaku??!!

4. panas hati teramat sangat apabila dia mendoakan yang tidak baik untuk aku sedangkan aku sudah menafikan bahawa kami tidakla pi melaka kerana berubat serta tiada masalah antara kami adik beradik. persoalannya, kenapa mesti dia ungkit juga pasal berubat & masalah juga walaupon aku sudah menafikan??? kenapa dia mendoakan perkara yang tidak baik untuk kami???

5. aku dikatakan memungkiri janji2 ku... sebab reason aku untuk cancel tu tidak selari dengan alasan ku. memang aku berkata aku tak pi kalau HB aku tak pi, dan aku cancel sebab abah ku.. memangla tidak selari alasanku itu namun aku ingat bahawa dia list kan aku pada list 50-50, antara pi @ tak. namun dia list kan aku pada CONFIRM pi. baiklah..lainkali aku akan cancel LAST2 MINUTE kalau itu yang kamu inginkan! 

# niat aku untuk cancel awal2 adalah untuk tak nak menyusahkan keadaan namun keadaan sebenar meminta yang sebaliknya!
#sehingga sekarang, semua orang masih menunding kesalahan itu pada aku sebab sekadar dengar cerita dari pihak si A sahaja.. aku?? lebih baik mendiamkan diri sahaja sebab si A juga telah sound mak aku bahawa mulutku terlalu LASER sebab menuduh dia sedangkan baik sangat ke mulut dia mendoakan yang tidak baik untuk ku??!! jadi, sebelum ke"LASER"an ku ini mengeruhkan keadaan, aku hanya berdiam diri.. biar masa & keadaan yang menentukan segalanya.. hanya ALLAH SWT yang tahu kebenarannya...

aku bersalah? aku tidak menafikan sepenuhnya sebab aku sedar kesalahan aku tetap ada waima sekecil mana pon namun besar sangat ker kesalahanku itu????????


kepada si A, aku minta maaf atas segala keterlanjuran kata2 ku..





Saturday, May 21, 2011

Marry Me - Bruno Mars


Assalamualaikum......
Good evening...
Selamat sore...
Kombanwa.....

Semalam aku ada post kat korang lagu best yang buat aku layan walaupon dalam kesesakan lalu lintas kan? Harini aku nak kongsi lagi lagu yang best yang korang boleh layan melodi & lirik lagu nya..
Kalau korang nak melamar kekasih korang (untuk lelaki) @ bagi hint kat kekasih korang supaya masuk meminang (untuk perempuan), korang bolehla nyanyi lagu ni kat pasangan korang.

Enjoy this video clip.

Bruno Mars - Marry Me



Marry Me - Bruno Mars : Lyric

It’s a beautiful night,
We’re looking for something dumb to do.
Hey baby,
I think I wanna marry you.

Is it the look in your eyes,
Or is it this dancing juice?
Who cares baby,
I think I wanna marry you.

Well I know this little chapel on the boulevard we can go,
No one will know,
Come on girl.
Who cares if we’re trashed got a pocket full of cash we can blow,
Shots of patron,
And it’s on girl.

Don’t say no, no, no, no-no;
Just say yeah, yeah, yeah, yeah-yeah;
And we’ll go, go, go, go-go.
If you’re ready, like I’m ready.

Cause it’s a beautiful night,
We’re looking for something dumb to do.
Hey baby,
I think I wanna marry you.

Is it the look in your eyes,
Or is it this dancing juice?
Who cares baby,
I think I wanna marry you.

 Sempoi kan lagu ni.. Terus terang jer..hehehe..
Nak download? klik kat sini..





Friday, May 20, 2011

Ku Menunggu - Rossa

Dah lama aku tak share lagu best (bagi aku la...) dengan korang..
ok, ini antara lagu yang buat aku happy sangat dalam jammed..hehehee..
lagu yang mengingat aku pada zaman jahat aku..huhuhuu.. insyaALLAH, semua itu berlalu dan aku mohon pada DIA agar ianya tidak berulang kembali...amin..~~

Terdapat persamaan melodi lagu ini dengan lagu yang pernah dinyanyikan Ella - Ku Merindu. Namun dari segi lirik, sedikit berbeza. Sama tema/konsep namun lirik berbeza. Persamaan pada lagu tu, korang tanyalah sendiri pada penggubahnya..hehehee.. 

Walaupon melodi yang sama namun Rossa telah terjemahkan nyanyian beliau dengan cara dia yang tersendiri, tidak terikat dengan cara nyanyian Ella. Kedua-dua lagu ini memang best didengar dan mempunyai cara tersendiri yang mampu menghiburkan peminat mereka sendiri.

Jom layan video klip Ku Menunggu - Rossa




Ku Menunggu Lirik


ku menunggu, ku menunggu kau putus dengan kekasihmu
tak akan ku ganggu kau dengan kekasihmu
ku kan selalu di sini untuk menunggumu

cinta itu ku berharap kau kelak kan cintai aku
saat kau telah tak bersama kekasihmu
ku lakukan semua agar kau cintaiku

reff:

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
ada cemburu juga rindu
ku tetap menunggu

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
dan kau sudah ada yang punya
ku tetap menunggu

datang padaku, ku tahu kelak kau kan datang kepadaku
saat kau sadar betapa ku cintaimu
ku akan selalu setia tuk menunggumu

repeat reff

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
ada cemburu dan juga rindu
dan aku tetap menunggu

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
dan kau sudah ada yang punya
ku tetap menunggu

(aku tetap menunggu) ku tetap menunggu
(aku tetap menunggu) ku tetap menunggu
ku tetap menunggu
 
 
 
nak muaturun lagu ni?

Klik sini -  Rossa-Ku Menunggu 



Thursday, May 19, 2011

pemakanan semasa hamil

harini aku nak post pasal mengandung ni..hehehee..
Biasala, sementara tengah melalui fasa ini, sementara tengah ingat, aku nak kongsi dengan korang. kang abis fasa ni, belum tentu ingat lagi..hehehee..


 salah satu kesukaan aku sebenarnya..


Pernah aku tulis entri pasal pantang larang ketika mengandung.
Pasal pantang makanan takde kan? Cuma pantang ikan yang berbisa jer..
Makanan lain yang perlu dipantang (selain tebu, nenas) pasti tak ramai yang tau.


kelihatan menyelerakan..


Sebagai contoh, makanan sejuk, air kelapa, air cincau..
Tapi makanan ni biasanya diorang tak bagi makan ketika trimester pertama je. Masuk trimester kedua, bedal la korang.. Tapi...tak semua orang pantang begitu. bergantung cara hidup masing2. lain budaya, lain caranya...

aku?

aku ikut nasihat makcik aku..untuk perkara2 yang tak pasti kesahihan sama ada memberi kesan kepada kandungan atau tidak, kitorang bedal jer..
tak paham? ayat aku ni kadang2 putar belit sket..huhu..

ok, macam ni.
kalau makanan yang pasti memudaratkan seperti nenas, tebu dll, memang kitorang jauhkan. tapi makanan yang tidak pasti lagi macam air kelapa, cincau & sebagainya, kitorang bedal jer..

alasan makcik aku??

"ala, semua tu mind set..korang makan, tawakal, insyaALLAH takde pape yang berlaku. kalau takut juga, makan cukup syarat jer.. Buat rasa jer.. masa ni la korang nak makan.kang pantang bersalin lagi, confirm korang tak boleh makan benda2 macam ni.sapa yang meleleh air liur..korang tau, bukannya anak korang..heehehee.."


terus minum dari kelapa. segar sangat!

so, aku amik pendekatan tu..feveret aku? air kelapa...stat baby aku 3 bulan lagi aku dah belasah air kelapa..alhamdulillah semua ok..baby aku makin aktif lagi ada la..huhuhuu..
cuma ada sekali tu, aku minum air cincau, tak sampai setengah jam, perut aku tolak balik.aku muntah balik dengan isi2 cincau tu keluar semua..so, sejak tu aku tak minum lagi air cincau...

Benda-lain pon macam ikan berbisa, aku makan gak cuma cukup syarat, buat rasa jer..takla balun sampai tak hengat dunia..huhuhuu..Cara aku, aku makan sikit dulu..bagi tempoh percubaan.kalau perut aku ok, tak muntah, tak sakit perut, tiada sebarang alahan, aku sambung makan. Kalau berlaku apa2 (macam kes cincau tu), aku banned terus makanan tu. Memang langsung aku tak sentuh!

Dari segi pemakanan lain, aku cuma lebihkan minum Orange Juice (yg fresh, bukan kordial) & makan kismis/kurma. Mana yang aku selera la..Itu aku amalkan untuk kawal Hemoglobin (HB) aku. Alhamdulillah, berkesan untuk bulan lepas. Bulan ni selera aku kurang pada orange juice, tapi kismis ok lagi walau tak banyak. nasi pon semakin ok, sayur pon semakin ok. harap HB aku maintain pada paras yang terbaik (15.0). Jadi, tak perlu aku bergantung pada ubat sebab bagi aku, khasiat untuk Folic Acid, Vitamin B/C, Iron, Kalsium terdapat dalam makanan seharian kita, bukannya sahaja pada ubat.... (^_^) 


pil yang perlu dielakkan dari ketagihan.


badan akan rasa sesegar perahan oren ini..


banyak khasiat kismis ni..


Monday, May 16, 2011

Ladies, berhati-hatilah korang!!!

Korang semua pasti sudah maklum perihal simbah asid di kawasan sentul/dang wangi dan sekitarnya kan.Jadi aku cuma ingin berpesan kepada semua wanita/perempuan/gadis diluar sana berhati-hati dimana sahaja korang berada. Malaysia sekarang bukan macam dulu. Dulu aku balik jalan kaki sorang2 sekitar 11 malam pon xkisah lagi.masih rasa selamat..cuma takut hantu jer la...hehehee..


gambar suspek 'si penyimbah asid'


Tapi la ni, jangan cakap pukul 8 malam, tak kisahla pukul berapa sekali pon,siang atau malam sama je aku rasa. aku tetap was-was, sentiasa waspada. tidak kisahla juga berapa umur korang, korang tu kategori cantik/cun/lawa/hitam manis/perasan cun (mcm aku..oppss!!)/comel, korang ni mak orang/anak dara/miss J meletop/anak dara tuuttt../nenek/makcik2, berhati-hatilah korang. penjenayah sekarang dah tak kira semua tu. Semua dia rembat, janji dapat!Dapat ape??Tu aku tak pasti sebab aku BUKAN penjenayah tu. mungkin puas hati dapat lunaskan dendam kot.

Jadi, berhati-hatilah wahai perempuan sekalian.

Baru-baru ada kejadian yang menimpa aku juga.Bukanlah simbah asid tapi sesuatu yang ingin dikongsi bersama. Alhamdulillah, sikap waspada tu membawa kebaikan padaku.

Alkisah, 09 May 2011, di rumah aku, Kota Puteri, Ijok (kawasan kampung jer...).
Malam tu en.Husband (HB) terpaksa balik lambat disebabkan ada kerja malam (tak balik langsung pon malam tu sebab kerja banyak, abis lambat). Kebiasaannya, apabila en.HB ada kerja malam, aku pasti lepak kat rumah ibu. nak dijadikan cerita, malam tu aku malas nak balik rumah ibu.lepak rumah jer la..jiran kan ada....

Kebetulan aritu aku naik motor sebab en.HB nak repair kereta, maka aku pulang la awal.
6.45 : Sampai rumah. 'Kunci sekali la paga ni. HB pon balik lambat'.

maghrib time.....

7.45
"Assalamualaikum.." aku buat tak tahu jer sebab biasa nak cari orang sebelah.tapi smpai 5-6 kali kot salam tak bersahut. Aku intai, ada orang kat depan rumah aku. tapi aku buat tak tahu lagi..maghrib kot..
rasa tak sedap hati, aku pon buka pintu la..
sebab???
dia bawa kereta sebijik macam en.HB..

*orang lua (OL), aku (AK)*

"Assalamualaikum kak", OL
"Waalaikumussalam", AK
'eh, sapa ni, aku xkenal pon!', AK

"Akak boleh buka pinta tak?", OL
'eh, sesuka ati jer nak suruh aku buka pintu maghrib2 ni. Bongok!', AK
"Awak nak cari sapa?", AK
"Nak tanya akak sikit la.Akak tinggal bujang @ berkeluarga?", OL
"Keluarga", AK

Ketika ni muka dia menggambarkan sedang berfikir tentang sesuatu..


 ini gambaran aku yang dah mula rasa takut, pelik dll sebenarnya..


"Akak pernah dapat tak sample2 sabun ke, shampu ke? ",OL
"Tak", AK
"Saya sebenarnya sedang edarkan sample2 sabun/shampu kat setiap rumah. Akak nak cuba x?",OL
"Tak pe la, terima kasih banyak2",AK
"Akak nak keluarke?",OL
'eh, nak keluar jer ke aku kena pakai tudung? Engkau tu bukannya muhrim aku!!', AK
"Tak la.Saya tak kemana-mana",AK
"Takpe la kak, terima kasih",OL

Cepat-cepat aku kunci pintu dan telefon en.HB.Nasib baik sangat2 kerana aku kunci pagar rumah aku. Kalau tidak, aku rasa tak mustahil lelaki tu terus buka pintu paga rumah aku tu. Memang takut giler. Aku cuma merasakan mamat tu ada niat kurang baik pada aku.
sebab??

1. Datang waktu maghrib semata nak bagi sample. Tak solat ker cik abang oii?!!
2. Lepas bagi salam, terus suruh aku buka pintu. Giler ape??!!
3. Bagi salam lebih dari yang sepatutnya. Dah tau maghrib, kalau orang tak jawab salam/buka pintu selepas salam diberi sebanyak 3 kali, pandai2 la korang nak blah. Ingat ada benda penting, tapi benda mengarut!
4. Aku tak rasa mamat2 ni ada drop rumah lain nak bagi sample. Sebab kedengaran salam tu kat rumah aku je!

Komen jiran aku, "Nasib baik tax de apa2.takut orang tu pukau jer... "


Alhamdulillah tiada sebarang kejadian yang tidak dingini berlaku.
Sampai aku nak p kerja keesokannya harinya, en.HB masih belum pulang lagi..huhu..

Moral of the story :: Berhati-hati la walau dimana anda berada!


hobi baru

Sejak aku kerja kat tempat baru ni, ada 1 hobi baru kat ofis ni.

ape dia?

Tiap hari pukul 3 petang keatas, tersangat suka sekali aku p ke tandas..
hahahaaa..

pengotor??

dengar dulu sebab aku..

pantry aku bersebelahan tandas.Kan petang2 selalu kita ngantuk. Aku yela..korang aku xtau la..huhuu..
Jadi aku akan lepak jap kat pantry, menghirup bau yang best!
OPPSS!!! Kasi aku abis cakap dulu k!

Kat pantry aku tu open, ada tingkap. Belakang ofis aku lak ada kedai makan. Jadi, petang2 (waktu2 macam ni la...) pasti akan datang bau roti bakar yang enak skali! Sedap ke idak, tak pasti la pulak. Tapi bau dia memang mengancam!!! kalah bau tandas ofis aku.. memang bau yang semerbak la!!


mm..yummy!!!

untuk aku, bau pon cukup mengenyangkan aku. tambahan mabuk2 ku yang masih tinggal sisa ni.. makan tak lalu, sekadar amik bau jer...huhuhuuu...

Ok la..nak p pantry jap. nak join????hehehee..
Chiow!!!!

sedapnya bersama telur separuh masak...
mmm..nasib baik ibu mengandung tidak dibenarkan sama sekali menikmati juadah separuh masak ni..kalau tak, maunya tiap hari aku mengadap roti ni..huhuu..



chillax

Enjoy this vid k...



Friday, April 29, 2011

pengalaman pertama mengujakan

Pertama sekali mohon maaf kerana amat jarang sekali blog ini diupdate...
kesihatan serta emosi yang tidak menentukan memberi kesan terhadap penulisan di blog ini..
 berada di akhir garisan trimester pertama masih tidak memisahkan keadaan aku pada alahan mengandung.
mual masih terasa, kepala masih berdenyut, tambahan perut yang kerap berasa tidak selesa.
adakah disebabkan pergerakan baby?
sungguh aku tidak pasti sama sekali...

Lantas aku tidak sabar untuk menenti temujanji dengan doktor tentang keadaan ku ini...

27 April 2011

Tarikh temujanji kedua ku dengan doktor.
Temujanji berjalan seperti biasa, check air kencing, HB, berat, tekanan darah..
alhamdulillah HB aku berada pada tahap terbaik, 15.. (^_^)
Dan disebabkan itu, jururawat berkata "Awak makan jer apa yang awak rasa nak makan, banyakkan makan buah & minum air suam".
Kebiasaannya, "Banyak kan makan berkhasiat, sayur, buah & minum air suam dengan banyak". aku? Angguk kepala je la mengiyakan je...

Namun doktor tidak dapat memastikan punca ketidakselesaan perut ku ini.
Xpe la, mungkin disebabkan pergerakan baby kot..
Sebenarnya, perkara yang membuatkan aku bertambah teruja dengan temujanji yang kedua ini adalah kerana doktor telah berjanji akan scan perutku untuk melihat keadaan baby ku.

just soooooo excited about that!!!!

Kali pertama aku melihat dia yang menumpang didalam rahimku ini membuatkan lidah ku kelu seketika melihat kebesaran ALLAH S.W.T. Aku rasa seperti tidak percaya bahawa baby ku benar2 wujud dalam rahimku... Seketika kemudian aku tergelak apabila aku melihat baby ku seperti menari2 dalam rahimku ini..Sungguh kelihatan pergerakan kaki serta tangannya..sungguh aktif sekali sehingga mendapat teguran daripada doktor.

"Aktifnya baby awak ni"
'Mmmm..tgkla umie & walidnya...' detik hatiku..

heheheee..aku rasa orang sekeliling aku amat maklum dengan kehidupan aku & suamiku yang agak aktif & lasak..jadi, tak mustahil baby ini menurun perangai kami berdua..

'Baby, ikut perangai yang baik jer ok....' (^_^)

Jadi, dari pemerhatian aku pada skrin komputer ketika scan tempoh hari, tidak mustahil bahawa ketidakselesaan perutku disebabkan pergerakan baby ku ini.. Walaupon tidak merasa selesa (sehari sehingga 5kali ketidakselesaan ini 'menyerang' ku), namun aku bahagia kerana melalui pergerakan itu aku merasa bahawa baby ku dekat denganku & masih ada lagi dalam rahimku... (^_^)


Bukanlah kepunyaanku namun mirip yang hampir serupa.


Monday, April 11, 2011

2 bulan sudah

"amacam? dah ada isi?"-kawan
"baru 2 bulan" - hubby
"xpe, slow2.." - kawan
"hehehe..dah 2 bulan.." - aku menyampuk.
"xpe, slow2..." - kawan yang masih tidak memahami..

bunting pelamin

istilah yang aku xberapa paham suatu ketika dahulu namun mengerti ketika ini apabila ia terjadi pada diriku.. (^_^)

masuk minggu ke10, alahan semakin teruk.
pening kepala yang berdenyut2 menyerang tanpa memberi sebarang amaran...
apabila ia datang, aku xmampu buat apa2 kecuali baring sahaja.
kesian en.Suami yang terpaksa mengambil alih tugasku juga...

memasak, membasuh, kemas rumah...
tapi apakan daya aku... (-__-)
hanya aku mampu memohon agar ianya tidak berlarutan begitu lama..




sampai satu tahap, segala2 isi perut aku akan keluar.
berat aku pon semakin susut 1 kg setiap minggu..
*sigh*

baby bertahan yea sayang....

#aku yang kena bertahan @ baby?huhhuu.. kedua2 nya perlu bertahan...!