hit me!!

Monday, February 11, 2013

alhamdulillah...

assalamualaikum...
morning..... selamat tahun baru cina khas buat pembaca saya yang berketurunan thionghua..
harini cuti, kemana kita agaknya ea...takpe, crita arini akan dipostkan kendian ea.. arini saya nak cerita malam td punya rezeki.. 
alkisah balik dari surau, en. hubby nampak ada orang selit sesuatu kat paga rumah kami...
alhamdulillah....
br1m 2.0 dah sampai.. rezeki anak2... amin...

Wednesday, February 6, 2013

Implanon – Keadah Perancang Keluarga Terkini

Assalamualaikum....
Korang pernah dengar implanon x? apa tu ea??
Implanon ialah salah satu kaedah perangcang keluarga yang terkini dimana pemakai hanya mempunyai 0.05% risiko untuk mengandung berbanding cara lain (walaupon ikat!). Implanon masih baru di Malaysia dan setakat ini ianya merupakan kaedah perangcan keluarga yang paling efektif & paling mahal! Mahal sebab modal awal yang besar. Kalau dikira2 semula, sama je kos kalau guna cara makan ubat atau amik injection. Kalau nak jimat, secara natural la... hehehe..

Jom kita kira-kira!

Pil : anggaran RM12/sebulan (paling murah)
                RM12 x 12bulan x 3tahun = RM432
Injection : anggaran RM30/3bulan (paling murah)
                RM30 x 4kali x 3tahun = RM360
Implanon : RM320 untuk 3 tahun.
                # tapi harga RM320 adalah harga yang ditawarkan oleh pihak LPPKN.
                # RM500 – RM700 adalah lingkungan harga yang ditawarkan oleh pihak swasta (hospital/klinik swasta).

Kelebihan implanon? Pasti jimat dari segi masa. Takdela korang nak ngadap pil tiap2 hari kan? Terkena miss makan, dah tu main, alamat la bertambah rezeki korang.. hehehe.. Sama macam injection, 2@3 bulan sekali nak p cucuk. Sebenarnya ok la sebab 2-3 bulan sekali je kan.. Tapi implanon sangatla ok sebab 3 tahun sekali je pasang benda tu! Eh, saya tak cerita macam mane bentuk tu kan?hehee.. Dah nama implanon, jadi dia adalah sejenis implan sama seperti implan yang lain dimana 1 alat akan ditanam/dimasukkan ke badan kita. Implanon ini akan dimasukkan ke lengan & betul2 bawah kulit kita jer sebab kita boleh nampak alat tu. Jangan risau!! Alat tu sebesar batang mancis jer....Hanya doktor yang bertauliah jer tau yang pasang alat tu. Bukan semua doktor boleh pasang. Jadi, jangan lah ngada2 beli alat tu pastu suh mana2 doktor masukkan..

 

Contoh pemasangan implanon..

Nak dijadikan cerita, semalam saya berkesempatan pergi ke Klinik Nur (seliaan LPPKN) cawangan Kepong. Untuk cawangan Kepong, hari pemasangan implanon hanya hari Rabu sahaja. Tapi, sebab saya datang semalam, tak dapatla buat implanon tu..huhuhu..

Untuk orang yang telah datang bulan (selepas bersalin), waktu pemasangan implanon adalah ketika waktu datang bulan. Tapi sekiranya korang mengambil injection [langkah awal sebelum memakai implanon (^_^)], korang boleh pasang implanon bila2 masa jer dalam tempoh masa injection tu.. maknenye tak perlula tunggu sampai datang bulan. Tapi dalam tempoh masa injection tu je tau. Kalau amik injection untuk 2 bulan, dalam masa 2 bulan tu korang boleh la p pasang implanon tu.. Kalau injection tu dah ‘expired’, korang tunggu datang bulan, baru boleh pasang alat tu.

Sekiranya korang baru lepas bersalin & belum bersama lagi, maka korang bolehla pasang implanon tu bila2 masa selepas 6minggu dari tarikh bersalin. Mudahkan? (^_^)

Apa kesannya? Haa... yang ini bergantung pada individu sebab setiap orang tidak mempunyai kadar hormon yang sama. Maknanya bergantung pada hormon korang. Kesannya tidak jauh beza dengan kesan amik injection. Ada yang datang bulan dengan kerap & banyak.. Dan ada juga langsung tak datang bulan. Tapi, ada doktor memberitahu saya bahawa kesan2 itu hanya untuk jangkamasa 3-6bulan disebabkan hormon badan kita tengah cuba untuk menserasikan keadaan dengan kehadiran ubat(implanon) tu. Jadi, ok la kan?? Masih ragu-ragu tentang implanon? Sila rujuk pada yang pakar.. (^_^)

# Tunggu masa yang sesuai untuk amik cuti pasang implanon.. (^_^)


Monday, February 4, 2013

kerja sudah..

Assalamualaikum...

Yeay.... kembali bertugas....!!! (-_-)
Sounds so excited but...... hahaaha..itulah kesannya apabila lama bercuti. Sebenarnya dah mula bekerja jumaat lalu tapi tak sempat nak hapdet blog. Almaklumla, bila baru masuk ofis balik, banyak yang nak kena ‘kemas’.. So far, keje ok lagi. Tak banyak job lagi. Lagipon ada engineer baru yang masuk, yang boleh la cover2 job yang standard. & yang penting, big boss tak maki hamun lagi..huhuhu.. Kalau dia start maki hamun, semua orang/keje jadi kelam kabut.

Kakak & adik pon dah ada pengasuh baru.. Alhadulillah, masih ada yang sudi jaga mereka.. hehehe.. Hari pertama & kedua dirumah pengasuh berlalu dengan baik sekali. Datang rumah ‘mak’, kakak terus minta dukung dengan mak. Adik pon Alhamdulillah.. walaupon adik kecik lagi, keserasian tu perlu juga tengok.. (^_^) Tapi pagi td kakak buat hal pulak.. menangis nak ikut saya p keje.. apalagi, terpaksa pekakkan telinga, kua dari rumah mak.huhuhu.. lagipon 2-3hari ni dia tak sedap badan.. kalau terjaga tengah malam, mesti cari saya walhal sebelum ni elok je tido dengan walid dia.. Kalau saya tengah susukan adik, sanggup dia berdiri sambil nanges kat sebelah saya.. tetap menunggu saya untuk tidurkan dia.. Harap ianya bukanlah petanda apa2.. (^_^)

#Belum ada perancangan nak makan ape @ dimana malam ni. Nak masak pon, bahan mentah dah abes kat rumah tu.. Mmm.. kalau sempat p beli kek la.. Sebab arini ulang tahun ke2 pernikahan saya.. (^_^) Semoga pernikahan kami berkekalan hingga hujung nyawa.. amin...