hit me!!

Wednesday, August 8, 2012

Kalau dah itu reaksi ibu, bagaimana perasaan anak?



 
“Awak +ve.”
“Ha?? Baru 3 hari lepas saya scan tp rahim saya kosong.”

Setelah beberapa kali turun naik Hospital Sg. Buloh, akhirnya dapat dipastikan terdapat 1 nyawa sedang membesar dalam rahimku. Aku? Tergamam kerana puteriku baru sahaja menginjak 7bulan.. Namun redha dengan ketentuan & rezeki NYA. Alhamdulillah.. lebih baik dia membesar dalam rahimku dari aku dibedah (sekiranya dia membesar diluar rahimku) dimana berkemungkinan tiub falapioku akan dibuang. Pasti ada hikmah disebalik kejadian & rezeki yang kita tidak ketahui. J Aku mula membesarkan kandunganku tanpa berkongsi berita kegembiraan ini kepada sesiapa kecuali suamiku (sudah tentu…!). sebulan selepas itu kantoi juga dengan beberapa orang namun mereka menjaga rahsiaku dengan baik sekali..

Alasan aku menyembunyikan kehamilanku??

Ini kerana aku terpaksa berulang alik ke tempat kerja dengan menunggang motosikal. Aku tahu pasti ada yang bising kerana jarak perjalananku pergi & balik mencecah 100km sehari! Namun aku yakin, tekad & tawakal kepadaNYA. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar & selamat sehingga ketika ini dimana kandunganku sudah mencecah 6 bulan. Bagiku, yang penting adalah niat kita. Suamiku? Pasti suamiku risau akan keselamatanku namun aku yang tekad & memujuk dia agar membenarkan aku menunggang motosikal. Alhamdulillah, sepanjang aku menunggang motosikal ini, hampir 90% dari perjalanan pulangku diiringi suami tercinta. (^_^)Suamiku ada juga meminta agar aku membawa kereta dikala kandunganku mencecah 5bulan tapi aku menolak dan cuba memujuknya dengan alasan aku tidak berdaya untuk menempuh kesesakan jalanraya dikala bulan puasa ini. InsyaALLAH, selepas raya aku akan membawa kereta ke tempat kerja. (^_^)

Dikala kandunganku kini mencecah 6 bulan, barulah aku & suamiku berkeyakinan untuk memberitahu ibuku mengenai kehamilanku. Sekiranya ibu-ibu lain menerima berita tentang kehadiran cucu baru, pasti mereka gembira bukan? Tapi ibuku???

SMS ku:  Ibu, angah mengandung.

……..
……..
……..
Sepi…..
Sunyi….


Tiada sebarang reaksi mengenai kehamilanku ini.
Hatiku mula berdetik..

“Ibu marahke kalau aku mengandung lagi?”
“Besar sangat ke kesalahanku dengan kewujudan bayi ini?”
“Ini baru anakku yang kedua, bukannya yang kesepuluh.”

Macam-macam alasan yang terlintas difikiranku & pastinya hampir keseluruhannya adalah alasan yang negatif!

“Bagila ibu masa 2-3 hari lagi” suamiku mula memujuk ku..

Namun perasaanku?? Apatah lagi sensitiviti wanita hamil lebih tinggi dari kebiasaannya..
Ya ALLAH… aku pasrah kepadaMU sepenuh jiwa ragaku…. Hanya ENGKAU yang mengerti perasaanku juga perasaan sebenar ibuku…
Namun tiada siapa dapat menghalang kesedihan yang meruntun jiwaku dikala ini….

Bertenangla wahai hati…..


#Masih menunggu reaksi sebenar dari ibuku…..

Tuesday, August 7, 2012

Jodoh & Takdir Di Tangan DIA


Assalamualaikum……
Arini saya ingin berkongsi cerita mengenai jodoh & takdir..

Al-kisah bermula apabila sepupu saya mengeluarkan status mengapa orang asyik bertanya mengenai pilihan hati dia dimana lelaki itu ialah lelaki yang pernah melukai hati dia suatu ketika dahulu.

Pasti antara kalian ada yang pernah melalui situasi sebegini kan? & ramai akan menjawab, “dah jodoh..” itulah jawapan yang paling popular & sebenarnya malas nak bercerita dengan umum mengenai alasan kita tersendiri. Saya juga pernah melalui pengalaman ini. Namun bukanlah pengalaman ditinggalkan & menikahi lelaki yang pernah melukakan hati kita. Pengalaman yang sama saya lalui ialah apabila orang sekeliling mempersoalkan tentang pilihan hati saya.

“Kenapa dia??? “
“ Engkau kan berpendidikan tinggi, bejawatan tinggi, bergaji besar berbanding dia”
“Engkau boleh dapat lagi baik dari dia”

Mmm.. yang berkata2 tu Tuhan ke? Tahu tentang perjalanan hidup kita? Tahu tentang apa yang telah tertulis pada Loh Mahfuz? Berkata-kata umpama memberi jaminan tentang kebahagiaan kita kelak 200%! Sedangkan hakikatnya hidup sendiri kucar kacir… Astagfirullah al-azim.. jauhkan diri ku dari tergolong dalam golongan sebegitu…

Jodoh & takdir ialah urusan ALLAH SWT. Kita hanya merancang namun DIA yang menentukan. Apa yang kita boleh lakukan, kita usaha & ikhtiar. Kita buat solat istikharah, minta resru kedua ibubapa kita, itulah yang paling utama! Jangan sesakali hiraukan kata-kata orang disekitar kita. Ya, ada yang mengambil berat tentang kita & ada juga niat tersirat yang kita tak dapat menduga…

Di zaman moden ini, wang ringgit amat diperlukan namun ianya bukanlah jaminan kebahagiaan. Bahagiakah seseorang itu apabila dilimpahi kemewahan? YAA… untuk permulaan sahaja. Namun apabila kemewahan itu memakan diri, mula menangisi apa yang terjadi & menyalahkan takdir. Astagfirullah al-azim.. Janganlah sesekali menyalahkan takdir namun mohonla pada ILAHI agar diberikan apa yang terbaik untuk diri kita. Mungkin dengan rezeki yang seadanya itu lebih membahagiakan kita berbanding rezeki yang melimpah ruah..

Sesunggah..kita  hanya merancang & ALLAH yang menentukan segalanya… Jadi kita mohonlah apa yang terbaik untuk kita..

# Syukur padamu Ya ALLAH atas kurniaan suami yang amat penyayang, bertanggujawab, berdedikasi & yang paling penting amat sabar melayan karenahku.. & aku mohon padaMU Ya ALLAH, jadikanlah aku isteri yang terbaik untuk suamiku di dunia & di akhirat… amin..~~

Monday, August 6, 2012

Tradisi Mengunjung Adat Jawa


Memikirkan menu untuk juadah “mengunjung” kelak..
“Mengunjung”? heheee.. ini adalah salah satu  adat bagi orang jawa.

Tradisi mengunjung…
Tradisi ini kebiasaannya akan dilakukan apabila menyambut kedatangan raya (raya puasa @ raya haji je tau!!! Tiada istilah untuk raya selain 2 ini bagi tradisi ini…) Seawal 2 minggu sebelum raya, orang jawa akan mula mengunjung dimana memberi sedikit juadah kepada keluarga/saudara/jiran/sahabat handai mengikut kemampuan masing2. Dan kebiasaannya juadah ini akan dibalas. Maknanya.. kalau si A mengunjung ke rumah si B, maka si B akan mengunjung pulak ke rumah si A. Balasan itu bukanlah wajib tapi umpama tradisi bagi mengeratkan silaturrahim & meraikan serta memeriahkan suasana hari raya itu bersama2.. kalau dulu, juadah yang menjadi kebiasaan untuk mengunjung ini adalah Juadah Raya sepeti lemang, nasi impit, masak lodeh, sambal kacang, ayam masak merah dan sebagainya. Namun, dikala ini pada era ini, sedikit pembaharuan dilakukan apabila ada yang memberi juadah berlainan seperti nasi tomato, air botol berkarbonat, kek coklat moist, kuih raya dan sebagainya bagi menghilangkan rasa jemu/muak apabila menerima 2-3jenis kuah kacang untuk 1 hari.. (^_^)

Jadi, menu saya pada sesi mengunjung tahun lepas adalah Nasi Impit, Ayam Masak Rempah Ladam & Sambal Udang Petai. Untuk menu tahun ini, saya masih belum berbincang dengan en Suami lagi. Ini diantara yang terlintas di fikiran saya :

1.       Nasi Impit
2.       Nasi Jagung
3.       Ayam Masak Merah
4.       Ayam Masak Rempah Ladam
5.       Ayam Bakar
6.       Sambal Sotong
7.       Sambal Udang Petai
8.       Sotong Sumbat Pulut
9.       Ayam Masak Serai Tiram (resepi sendiri)

Setakat ini, itu je yang terlintas di fikiran… Keputusannya, kena berbincang dengan en Suami dulu..hehehee..

6 Sebab Beruntungnya Perempuan Mempunyai Rahim


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia….
Hari yang membosankan? Mungkin tidak bagi korang tapi YA bagi saya.. pagi tadi terfikir-fikir juga sekiranya nak ‘ponteng’ arini.. Alhamdulillah… Masih gagah juga nak bekerja & tidak menyesal walaupon dilanda kebosanan di pejabat ini. Bos tiada, manager tiada, kerja pon tiada… jadi, kerja saya online saja arini…. (-_-)

Sedang membelek FB, tetiba terbaca coretan yang dikongsi oleh rakan saya di FB mengenai “6 Sebab Beruntungnya Perempuan Mempunyai Rahim”. Cerita yang agak menarik untuk dikongsi bersama. Inilah isinya..


1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi ‘kilang’manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya..

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang…sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya…

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita tu mati sewaktu bersalin, itu dianggapmati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung..

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang takdir sedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini..

6.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA…….


Hati agak terdetik sayu dikala membaca coretan ini mengenangkan baby yang sedang membesar di dalam rahim ini… syukur ke atas rahmatMU ya ALLAH.. semoga hidup kami sentiasa diberkatiMU… amin..~~

Selamat Menyambut Nuzul Quran pada 17 Ramadhan 1433 (6 Ogos 2012)..

 
# tiada sekelumit penyesalan kerana bekerja pada hari ini (walaupon bekerja di Selangor) apabila membaca coretan ini & dapat berkongsi kepada semua..

Friday, August 3, 2012

Astagfirullah al-azim.....


Ya ALLAH ya Tuhanku…..
Berilah aku petunjuk.. Aku terpaksa bekerja disini demi membantu suamiku mencari rezeki.
InsyaALLAH rezekiku ini halal tp berkat kah ia? Permudahkanlah aku dalam usaha mencari rezeki lain..
Semua orang melihat aku kerja dengan senangnya.. Al’lillah, dengan kejaya yang professional, dengan gaji 2k+, aku dapat membantu suamiku mencari rezeki untuk kami sekeluarga. Namun, bekerja dgn syarikat bukan seagama membuatku bertanya tentang rezeki ku ini. Ya… pejabat yang tiada surau untuk solat bukanlah alasanku untuk tidak bersembahyang namun apabila waktu rehat dari 12.30 hingga 1.30 menyukarkan serba sedikit jadualku harianku. Sesekali dua bolehla kita pulang lewat untuk menunaikan rukun islam yg utama ini namun apabila kita pulang lewat tiap hari?? Pasti ada notis. Aku akui bahawa aku tidaklah sekuat mana untuk berdebat mengenai isu ini & meletakkan jawatan dengan alasan ini kerana aku takut tidak mendapat pekerjaan yang lain….Peluang mencari pekerjaan yang lain semakin menipis dengan kehadiran sikecil dalam perutku ini yang semakin membesar.. Haruskan aku pasrah dengan rezeki ku ini??

Astagfirullah al-azim………………………………..
Ya ALLAH, kuatkan imanku, semangatku untuk menghadapi setiap cabaran Mu.  Berilah aku petunjuk agar aku lebih yakin untuk menempuh  setiap dugaan dalam mencari rezekiMU yang halal lagi berkat.. Tiada gunanya pangkat besar, gaji tinggi kalau tiada keberkatan. Tiada gunanya berpuasa penuh sebulan sekiranya meninggalkan rukun islam yang pertama. Bagaimana dengan anak dalam kandungan ku ini? Belum sempat lagi aku memperdengarkan alunan quran dari mulutku sendiri. Malah, sejak dari dalam kandungan ini, sudah ku ajar meninggalkan sembahyang..

Astagfirullah al-azim………………………….maafkan umi sayang………

# aku tak mampu meneruskan lagi rintihan ini. Ya ALLAH, permudahkanlah segala urusanku dalam usaha mencari keredhaanMU.. amin..~~