Kan saya tengah sibuk-sibuk mencari BP untuk baby yang ke2
ni kan.. Nak dijadikan cerita, hujung minggu aritu, berborak lah saya dengan
makcik saya yang tengah mengandung, juga baby yang ke2. Dia yang yang bagitau
saya pasal Rumble Tuff ni. Dia kata, kawan dia dah 3 orang pakai produk ni
& memberikan respon yang positif. Harga yang dia bagitau saya pon agak
murah (around RM200-300 jer..) Disebabkan murah, saya pon mengusha produk ni di
internet..
Rumble Tuff merupakan produk baru keluaran US yang baru je
masuk pasaran di Malaysia. Agak mendapat liputan yang meluas & semakin
terkenal dikalangan para ibu yang menyusukan baby mereka. Namun harga yang
ditawarkan adalah RM399 untuk Normal Price & sebarang diskaun itu bergantung
pada kedai-kedai tertentu. Ini diantara kedai yang makcik saya cadangkan
sekiranya saya ingin mencari Rumble Tuff ini..
Dimana ia adalah kedai yang menjual Rumble Tuff(RF) yang paling
berhampiran dengan rumah saya.
Tapi harga yang ditawarkan lebih kurang dengan harga pada
kedai lain iaitu RM399 untuk Normal Price. Harga yang lebih kurang untuk BP
yang saya dok usha tu (Avent Manual BP).. tapi RF agak best juga la sebab dia
ada 3 pilihan untuk cara penggunaan iaitu sama ada secara Manual, Bateri @ Elektrik.
Motor dia pon kecik sikit berbanding yang Elektrik Pump Brand lain which is
less weight la (~0.35kg je..). Parts dia banyak sket tapi senang nak disassemble
& reassemble (based pada review pengguna RT).
Hati sedikit berbunga & sedikit pertimbangan untuk
memilih RT @ Avent Manual.. hahahaa..
Namun..........
Hati berbalik pada Avent apabila saya terbaca notis ini pada
salah satu kedai yang menjual RT..
Review : Enjoy Breastfeed
Huhuhu.. sedikit kecewa la sebab hati berkira-kira, kalau motor
tu rosak within setahun, macam rugi pulak beli mahal-mahal.. Yes, there have
another method which is Manual Operated - to use this Pump.. Tapi ada review
yang mengatakan Manual RT tak se-best Manual Avent.. *macamane tu ea???
Untuk sedapkan hati, ‘Ala, lain orang lain cara penggunaannya..
Mungkin dia guna ganas sikit kot.. hehehee.. eleh, macamla kamu tu guna sopan
sangat..hahahaaa...’ Tapi bila nota pasal part dia kena tukar dalam jangkamasa
1-2bulan, terpikir-pikir juga saya... rasa macam menyusahkan je nak cari parts
tu.. Kalau senang nak cari takpe la juga, kalau susah? Tak ke haru.... Jadi,
terpaksa tukar pilihan kembali mamilih Avent Manual BP.. Hehehee.. Tapi mungkin
nak cuba usha Avent Manual BP di Little Whiz pulak instead kedai yang pernah
saya usha sebelum ni... (^_^)